Politik

UMNO perlu buktikan keabsahannya

KEGAGALAN UMNO mengemukakan keputusan penangguhan pemilihan parti sebelum tarikh luput iaitu 30 Jun lalu kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyebabkan parti itu kini dikendalikan oleh pemimpin ‘caretaker’.

Ini bermakna segala keputusan yang dibuat berhubung pemecatan ahli dan tindakan lain oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebagai tidak sah.

Kepimpinan yang ada hari ini adalah bersifat sementara sehingga pemilihan parti diadakan dengan segera.

Jika keabsahan itu tidak dibuktikan, maka lebih banyak perkara buruk akan berlaku kepada UMNO, termasuk pembatalan parti itu.

Kekeliruan itu berpunca para pemimpin UMNO alpa bahawa mereka perlu memaklumkan kada ROS keputusan yang dibuat oleh MKT pada sebelum 30 Jun.

Apa yang berlaku apabila adalah apabila MKT bermesyuarat pada 7 Julai dan memaklumkan keputusan UMNO untuk menangguhkan pemilihan.

Surat menyurat sebelum ini di antara UMNO dengan ROS hanya urusan bagi mendapatkan panduan dan bukannya memaklumkan keputusan MKT.

Keabsahan ini turut melibatkan keputusan MKT yang dibuat oleh UMNO untuk menarik kembali sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibuat baru-baru ini.

 

 

 

(Visited 469 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button