Hiburan

Ezad Lazim ikut jejak langkah M. Nasir, Jamal Abdillah, Siti Nurhaliza

KALAU diperhatikan nama tiga penyanyi ini iaitu Datuk M. Nasir, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Seri Siti Nurhaliza, kesemuanya pernah berduet dengan penyanyi bergenre hip hop.

Ternyata pertaruhan yang mereka lakukan itu berjaya dan disebabkan itu juga penyanyi dan bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad cuba melakukan perkara sama.

Menurut Ezad, genre hip hop sentiasa mendapat tempat di hati pendengar muzik sekarang dan dia juga perlu mengikut trend semasa.

“Mengambil contoh macam Datuk M Nasir, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Jamal Abdillah, percubaan mereka pun menjadi. Selain itu, diharapkan kerjasama ini saya dapat mengumpul peminat dalam kalangan generasi baharu,” katanya.

Ezad muncul dengan single bergenre hip hop berkonsepkan ketuhanan yang berkolaborasi dengan dua rapper muda iaitu Bobby D dan Red Rahimad menerusi lagu Cahaya.

Ini bukan kali pertam Ezad tampil dengan artis hip hop kerana sebelum ini dia pernah menyanyi bersama RJ (Hati Mati) dan Waris (Cinta Terakhir) pada 2015.

Menurut Ezad, kolaborasi itu sesuatu menarik selain dapat menimba pengalaman baharu apabila bekerjasama dengan komposer dan rapper muda.

“Lagu ini menarik perhatian saya kerana ianya berentak hip hop dan sangar jarang saya merakamkan lagu dalam genre ini.

“Cuma, lagu ini sedikit berbeza kerana ia berkonsepkan ketuhanan. Jadi, bagi saya tidak salah untuk mencuba sesuatu yang lain pula. Apabila lagu ini dilancarkan pada bulan Ramadan, ia memang kena dengan kisah lagu ini,” katanya.

Menurut Ezad, lagu tersebut berkisarkan kisah seseorang yang mendapat hidayah untuk berubah dan meminta pengampunan di atas segala dosa yang dilakukan.

Sementara itu, Bagi rapper, Bobby D, 24, atau nama sebenarnya Muhammmad Sharif Sharol berkata, kolaborasi bersama Ezad dianggap sesuatu yang istimewa selain menyifatkan ia penghormatan buat diri mereka.

“Menariknya, ini adalah projek pertama kami bekerjasama dengan Ezad. Diakui terkejut dan teruja sebab bekerjasama dengan legenda.

“Lagu pun berkonsepkan ketuhanan yang tak pernah kami nyanyikan, jadi memang tak sabar nak mendengar hasilnya,” katanya. -SM

Ayuh jadi penyokong kandungan Suara Merdeka menerusi pautan di bawah :

Subscribe Suara Merdeka (Monthly)

(Visited 409 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button