fbpx
Politik

UMNO-Muhyiddin: MT ada kuasa pertimbang – Annuar

PENERIMAAN semula bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali ke parti keramat Melayu itu boleh dipertimbang melalui mesyuarat Majlis Tertinggi.

Ini kerana jawatankuasa tersebut mempunyai kuasa selaras perlembagaan parti bagi memutuskan untuk menerima Muhyiddin kembali.

“Tidak ada apa yang kekal, sesiapa pun yang dipecat kalau memohon masuk semula Majlis Tertinggi (MT) ada kuasa untuk menimbangkan, terpulang kepada Majlis Tertinggi.

“Seseorang yang dipecat tidak bermakna dipecat seumur hidup.

“Kalau pun dipecat seumur hidup sekalipun dalam Perlembagaan parti melalui Majlis Tertinggi masih mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.”


BACA > Dua anak syarikat Bank Rakyat tunai zakat perniagaan – Suara Merdeka

Jelas bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dipetik laporan portal MalaysiaGazette hari ini berhubung kenyataan Tiimbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau semalam memaklumkan UMNO sedia menerima kembali Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

UMNO MUHYIDDIN
MUHYIDDIN YASSIN

Menurut Mohamad, kepimpinan UMNO mengalu-alukan sekiranya Ahli Parlimen Pagoh mempunyai hasrat sedemikian.

Ujarnya lagi, UMNO boleh mengubah semula keputusan memecat Muhyiddin jika beliau berhasrat menyertai UMNO semula.

Dalam pada itu, Annuar menambah tiada keperluan untuk meminda perlembagaan bagi membenarkan kemasukan semula Muhyiddin.

BACA > Nilai kesabaran tinggi ada pada Najib – Zainal – Suara Merdeka
MOHAMAD HASAN

Katanya, isu menerima semula Muhyiddin tidak perlu timbul kerana beliau merupakan Perdana Menteri dan Presiden parti lain.

“Saya tidak tahu kenapa soalan itu berbangkit.

“Muhyiddin adalah Presiden bagi sebuah parti dan sedang menjawat jawatan Perdana Menteri.

“Kita bercakap antara dua parti, kita mesti hormat seseorang.

“Beliau adalah presiden sebuah parti yang sah dan berdaftar,” jelasnya.

Terdahulu, isu menerima semula Muhyiddin ke pangkuan UMNO dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz.

Isu tersebut dinyatakan bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu sebagai kaedah untuk memudahkan pembahagian kerusi.

BACA > Muhyiddin tidak pernah tinggalkan UMNO – Tok Mat — Suara Merdeka

Perkara berkenaan di sokong Mohamad berikutan timbul isu pembahagian kerusi antara gabungan UMNO dan Pas (Muafakat Nasional (MN) dengan Perikatan Nasional.

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button