Politik

UMNO Memang Ada Potensi Besar Namun Jangan Nafikan Ada Pencatur Dalaman UMNO

UMNO memiliki potensi besar, pengalaman sejarah yang panjang dan modal sosial yang handal untuk memberi solusi kemelut orang Melayu hadapi waktu ini.

Dalam pada itu, UMNO juga tidak lari daripada masalah dalaman, ini adalah lumrah pergerakan politik namun ia tidak boleh dibiarkan untuk jangka masa panjang.

Tegas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, permasalahan UMNO perlu diselsaikan jika UMNO mahu menjelma sebagai suara politik sebenar bangsa Melayu.

“Bukannya kita tak tahu antara kita ada yang sangat gemar mencatur perpecahan dalaman UMNO sehingga muncul segala macam puak, kluster itu, kem ini.

“Semua ini datangnya daripada dalam UMNO jugalah. Sama-samalah kita akui dengan jujur, saudara saudari  kekuatan politik kita juga tidaklah begitu kuat,” kata Mohamad Hasan.

Mohamad Hasan berkata demikian dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Ujar Mohamad Hasan, pada kedudukan sedia ada, UMNO tidak seharusnya berbangga kerana masih banyak kekuatan yang tidak dibina.

“Kita sekadar mempunyai Perdana Menteri daripada UMNO, tetapi bukan kerajaan UMNO. Bolehkah kita banggakan kedudukan ini?

“UMNO pada masa ini hanya menguasai 17 peratus kerusi di Dewan Parlimen. Betapa melesetnya kedudukan dan pengaruh UMNO dengan memiliki peratusan terendah dalam sejarah demokrasi Malaysia,” ujarnya.

Mohamad Hasan juga mengajak seluruh ahli UMNO untuk tidak menafikan parti itu memang terpaksa mengurus negara dengan persefahaman pembangkang.

“Ini merupakan suatu yang tak pernah terlintas dalam sanubari kita sehingga menimbulkan kekeliruan,” katanya.

(Visited 307 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button