fbpx
Politik

UMNO junjung titah Agong laksana darurat

UMNO menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memperkenankan pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos tahun ini.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahamd Zahid Hamid berkata, segala kuasa di bawah Ordinan Darurat perlu tertumpu kepada urusan pengawalan wabak sebagaimana rasional yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dalam memohon pengisytiharan darurat kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tegas Ahmad Zahid, UMNO berharap prinsip hak asasi manusia, kebebasan sivil, ketelusan dan kedaulatan undang-undang harus dipelihara sepanjang perintah darurat dikuatkuasakan.

“UMNO menjunjung titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang memperkenan pengisytiharan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan sebagaimana nasihat YAB Perdana Menteri,” kata Ahmad Zahid dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut meminta kerajaan memberi jaminan untuk mengambil berat kepentingan rakyat dan mengotakan janji bagi menyelesaikan isu-isu yang menyentuh kelangsungan hidup rakyat.


Antaranya termasuk tuntutan berkenaan pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tanpa syarat, lanjutan moratorium dan kemaslahatan rakyat secara keseluruhannya.

Kerajaan perlu segera mengembalikan dan memulihkan fungsi Perlembagaan dan amalan demokrasi berparlimen sejurus matlamat pengisytiharan darurat dicapai.

Al-Sultan Abdullah hari ini memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos ini atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif pandemik Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Perkenan tersebut diberikan selepas Muhyiddin menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet dan mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu semalam.-SM

(Visited 108 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button