Auto TravelBerita Auto

Toyo Tires lancar Proxes Sport 2 untuk prestasi dan keselamatan yang tiada tandingan

TOYO Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd (Toyo Tires) kini melancarkan tayar terbaru, Proxes Sport 2. Direka dengan teknologi tayar terkini, inovasi baru ini direka bagi peminat-peminat kereta berprestasi tinggi, memastikan keselamatan dan ketahanan yang luar biasa.

Proxes Sport 2 mengemukakan dua ciri terbaru yang membezakannya dengan tayar siri sebelumnya, iaitu kestabilan pengendalian dan cengkaman mantap di permukaan basah.

Tayar ini juga membolehkan pemandu untuk melalui selekoh dengan mudah, dan memberikan cengkaman sempurna di atas jalan yang basah untuk memastikan keselamatan dan kestabilan maksimum walaupun dalam keadaan cuaca yang mencabar.

Tayar baharu Proxes Sport 2 kini dilancarkan di Malaysia. Hadir di majlis pelancaran tayar ialah En. Keishi Inoue, Naib Presiden Penjualan & Pemasaran Toyo Tyre Sales and Marketing Sdn Bhd , En. Tan Song Chye, Presiden/Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd, En. Teppei Shigeno Pengurus Besar, Bahagian Penjualan Asia & Oceania Toyo Tire Corporation dan En. Kazuo Shimomura, Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan dan Penukaran Tayar.

Tayar terbaru ini mempunyai corak reka bentuk asimetri unik serta dapat menawarkan prestasi yang unggul atas permukaan jalan yang basah dan kering. Kompaun bunga asimetri unik ini juga dapat memastikan kestabilan pengendalian selekoh dan meningkatkan cengkaman pada permukaan basah.

Proxes Sport 2 dibuat daripada bahan termaju yang dapat meningkatkan prestasi tayar. Ia dibuat daripada kompaun yang membolehkan cengkaman mantap dan seimbang bagi memberikan pengalaman pemanduan yang selesa dan selamat.

Presiden/Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd, Encik Tan Song Chye berkata “Proxes Sport 2 dioptimumkan untuk kuasa tork yang tinggi bagi pemanduan yang megujakan untuk semua pemandu. Dengan komitmen kami terhadap inovasi dan kecemerlangan, kami yakin bahawa tayar ini akan menjadi pilihan utama bagi pemandu yang mencari tayar berprestasi tinggi.”

Proxes Sport 2 boleh didapati dalam 31 saiz untuk kereta dari segmen C (termasuk segmen eksekutif kompak) kepada segmen F, di mana-mana Pusat Tayar Toyo, bermula dari harga RM700 hingga RM1,300 setiap tayar, bergantung kepada saiz tayar yang terpilih.

Media turut dijemput untuk memandu uji tayar Open Country A/T III yang dilancarkan
tahun lepas.

Baru-baru ini, Toyo Tires juga telah melancarkan tayar Open Country A/T III (OPA/T 3). Tayar all-terrain (sesuai untuk semua permukaan jalan) ini mempunyai peningkatan alur sisi untuk cengkaman offroad yang lebih baik, walaupun dalam keadaan yang mencabar. Tayar serba boleh ini direka untuk mengendalikan pengembaraan onroad dan offroad, untuk pelbagai jenis pemanduan.

Tayar all-terrain ini mempunyai corak bunga yang agresif untuk memberikan cengkaman mantap atas pelbagai permukaan, termasuk jalan tanah dan batu kerikil. OPA/T 3 juga menggabungkan teknologi Toyo Tires sendiri, T-Mode dan Nano Balance untuk menawarkan keseimbangan, keselesaan dan prestasi yang tayar yang terunggul.

OPA/T 3 boleh didapati dalam 14 saiz, bermula harga RM500 hingga RM1,200 setiap tayar, bergantung kepada saiz tayar terpilih.

Walaupun pasaran automotif Malaysia terus berkembang, Toyo Tires komited untuk menyampaikan produk inovatif dan berkualiti tinggi untuk memenuhi semua keperluan pemandu. Dedikasi terhadap kecemerlangan ini terbukti dalam pelancaran Proxes Sport 2 dan OPA/T 3 yang menawarkan pengalaman pemanduan yang tiada tandingannya kepada pelbagai pemandu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Proxes Sport 2, Open Country A/T III, dan produk Tayar Toyo yang lain, sila layari www.toyotires.com.my.

Toyo Tires beroperasi di Malaysia atas nama Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd dan merupakan anak syarikat Toyo Tyre Corporation, Jepun. – SM

Artikel berkaitan > BMW XM bermula dari RM1.3 juta

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button