Nasional

Netizen puji Dr. Wan Azizah pakai tanda nama tulisan Jawi

“ALHAMDULLILAH, terbaik Kak Wan. Semoga terus memartabatkan tulisan Jawi sebagai warisan dan jati diri negara.”

Itu antara komen yang dibuat oleh netizen terhadap gambar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memakai tanda nama bertulisan Jawi yang dikongsi beliau di Facebooknya hari ini.

Tanda nama itu dipakai Dr. Wan Azizah ketika bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di pejabat beliau pagi tadi.

“Pagi ini saya bertemu YAB Perdana Menteri Tun. Dr. Mahathir Mohamad sambil memakai tanda nama Jawi.

“Kerajaan Pakatan Harapan bertekad untuk terus mempertahankan perpaduan dan keharmonian demi negara tercinta,” tulis Dr. Wan Azizah pada hantaran tersebut. Beliau turut berkongsi gambar pertemuannya dengan Dr. Mahathir.

Pemakaian tanda nama bertulisan Jawi itu dipuji oleh netizen yang dianggap sebagai langkah permulaan untuk memartabatkan semula tulisan warisan bangsa.

“Contoh terbaik untuk diikuti rakyat.Mulakan dengan Jawi. Alhamdulilah,” kata Ro’aisah Salehuddin.

“Terbaik. Semoga langkah-langkah memartabatkannya akan berterusan pada kadar yang pantas. Lupakanlah langkah-langkah pengenyahan Jawi oleh kerajaan terdahulu.selamat berusaha,” komen A Aziz Al Reef.

“Alhamdulillah. Tahniah. Adakah pemakaian tanda nama jawi menandakan pengajaran Jawi akan diteruskan disemua sekolah di Malaysia ini?” tanya Muhamad Nazri Lokman.

“Saya enam tahun guna tulisan Jawi, masih juga Kristian sampai hari ini,” beritahu Manuel Akiun.

“Terbaik TPM. Tapikan tulisan pun agak sukar kita perkenalkan sedangkan lebih besar menanti dihadapan. Boleh ke kita perbetulkan kembali? Semoga TPM terus berbakti,” kata Rahim Isa.

“Jawi digunakan secara meluas semasa zaman Perdana menteri Tengku Abd Rahman (PM1) dulu. Kini nak dihidupkan semula. Apa isunya? Tak ada isu pun. Rakyat hidup rukun damai di seluruh negara,” komen AJ Sharf.

“Asalkan isu memartabatkan semula tulisan asal orang Melayu iaitu Jawi dah dapat perhatian Dan akhirnya dapat dimartabatkan semula penggunaannya. Alhamdulillah, selepas pelbagai isu dan sentimen dimainkan akhirnya Jawi dapat diperluas. Tahniah rakyat,” kata Muzhafar Akmal NorAzlan.

“Nama saya tulisan jawi macam mana yek?” tanya Norman William.

“Sebar luaskan pengamalan dan penggunaan tanda nama tulisan Jawi kepada penjawat awam bagi memartabatkan tulisan Jawi di negara tercinta Malaysia,” cadang Nor Haizan Said.

“Terbaik Kak Wan. Jawi sebenarnya bukan hanya gantung tanda nama Jawi sahaja. Bahkan lebih dari itu. Perkasakanlah bahasa Melayu tulisan Jawi dan letaklah dikedudukan martabat yang tinggi bukannya dihina setiap hari. Kepada Dong Zong amaran keras perlu diberi. Tindakan tegas wajib dikenakan. Kuasa sudah ditangan Kak Wan bertindaklah sebelum terlambat,” kata Zulkelfi Abdul.

“Terbaik Kak Wan. Teruskan usaha membela negara,” sokong Rahmah Idris.-SM

 

 

 

 

(Visited 1,159 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button