Politik

“UMNO.. Berhenti Buli Parti Gabungan PN & Buat Sahaja PRU-15!” – Bersatu Johor Selatan

Gabungan Ketua Penerangan Bersatu Johor Selatan mendesak UMNO untuk berhenti membuli parti-parti gabungan PN dengan mengadakan PRN Johor hanya untuk merebut kuasa. 

Menurut satu kenyataan, Gabungan Ketua Penerangan Bersatu Johor Selatan mencadangkan PRU-15 diadakan serentak dengan PRN Johor demi mengelakkan pembaziran duit rakyat. 

“UMNO membubarkan DUN Johor dan berhajat ingin melaksanakan PRN Johor dalam keadaan rakyat masih terkesan akibat bencana banjir dan pandemik Covid-19. 

“Tindakan ini menunjukkan UMNO tidak peduli langsung dengan kesengsaraan rakyat sebaliknya memikirkan soal merebut kuasa,” kata kenyataan itu. 

Gabungan Ketua Penerangan Bersatu Johor Selatan berkata demikian mengulas keghairahan UMNO yang ingin PRN Johor diadakan sedangkan ia bukan diminta rakyat Johor. 

Sehubungan itu, Gabungan Ketua Penerangan Bersatu Johor Selatan mengambil pendekatan menyokong penuh Resolusi Muzakarah Pas – Bersatu bertarikh 28 dan 29 Januari. 

Hal ini demikian kerana resolusi muzakarah itu membuat ketetapan untuk bersama dalam menyertai PRN Johor atas nama PN demi perpaduan ummah. 

Mengulas tindakan dua mantan ADUN yang keluar parti selepas DUN Johor dibubarkan, Gabungan Ketua Penerangan Bersatu Johor Selatan menyifatkan mereka ‘duri dalam daging’.  

“Kami juga sebulat suara mengecam tindakan tidak bermaruah dan tidak berintegriti dua mantan ADUN yang keluar parti selepas DUN Johor dibubarkan. 

“Tindakan ini menjadikan Bersatu Johor lebih bersemangat untuk menghadapi PRN Johor selepas tiada lagi ‘duri dalam daging’ dalam parti ini,” kata kenyataan itu. 

Berikut adalah Gabungan Ketua Penerangan Bersatu Johor Selatan yang mendesak UMNO agar berhenti membuli dan menyokong Resolusi Muzakarah Pas – Bersatu. 

Ketua Penerangan Bahagian Mersing
Ketua Penerangan Bahagian Johor Bahru
Ketua Penerangan Bahagian Pulai
Ketua Penerangan Bahagian Iskandar Puteri
Ketua Penerangan Bahagian Pontian
Ketua Penerangan Bahagian Muar
Ketua Penerangan Bahagian Parit Sulong
Ketua Penerangan Bahagian Tanjung Piai
Ketua Penerangan Bahagian Kulai
Ketua Penerangan Pasir Gudang
Ketua Penerangan Kota Tinggi
 

(Visited 350 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button