Nasional

Tolong jangan halang pelancong mereka sihat, desak Menteri Pelancongan

“TOLONG jangan halang pelancong untuk melawat tempat yang perlu dan yang nak dilawati oleh pelancong-pelancong ini. Ini tak bagus, ini salah sama sekali. Kita nak halang orang melawat dalam negara kita, apa semua ini?”

Itu penegasan Pelancongan, Seni dan Budaya  Mohamaddin Ketapi. Beliau mengulas mengenai tindakan pihak pengurusan Masjid Putra yangmengambil langkah menutup lawatan bagi pengunjung bukan Islam susulan kebimbangan penyebaran koronavirus.

Langkah itu bermula sejak 26 Jan lalu ekoran kebimbangan terhadap penularan virus Novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV).  Ketika ini masjid yang berada di pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia itu hanya dibuka kepada Muslim untuk menunaikan solat sahaja.

Pelawat bukan Islam masih boleh mengambil gambar, tetapi sehingga hadapan pintu gerbang masjid sahaja iaitu sebelum pos kawalan masjid).

“Tolong jangan halang pelancong untuk melawat tempat yang perlu dan diingini mereka,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas dan taklimat bersama kementeriannya dan Kementerian Kesihatan Malaysia, di pejabatnya, hari ini.

Mohamaddin berkata,  larangan tersebut adalah tidak bagus dan salah sama sekali. Menurut beliau pelancong yang masuk ke dalam negara ini adalah sihat.

Menurutnya, kementerian akan menghantar surat kepada pengusaha pelancongan untuk menerangkan situasi semasa koronavirus.

Sementara itu, Mohammadin berkata, tindakan kerajaan menggantung visa kepada pelancong wilayah Hubei dan kawasan terjejas wabak itu di China tidak menjejaskan sasaran ditetapkan kementerian sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Menurut beliau, kerajaan masih kekalkan sasaran 30 juta pelancong dan RM100 bilion pendapatan dapat dicapai melalui Tahun Melawat Malaysia tahun ini.-SM

 

(Visited 258 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button