Luar Negara

Covid-19: Itali guna aplikasi khas cepat, mudah kesan

ITALI menjadi negara pertama di Eropah menggunakan aplikasi khas bagi mengesan penularan wabak Koronavirus (Covid-19) yang kini sudahpun dimuat turun 2.2 juta rakyatnya.

Penggunaan aplikasi bernama Immuni itu dikatakan mampu mengesan pergerakan pengguna disamping dapat memelihara privasi data peribadi.

BACA > Kes COVID-19 di AS melepasi 2 juta — Suara Merdeka

Menerusi penggunaan aplikasi itu juga, kerajaan Itali tidak perlu terlalu bergantung kepada pengumpulan data berpusat.

Menteri Pendigitilan dan Inovasi Teknologinya, Paola Pisano, memaklumkan kerajaan menambah baik sistem berkaitan pengesanan pandemik Covid-19.

Katanya, aplikasi tersebut bagi memudahkan rakyat bercuti ketika musim panas tanpa perlu bimbang tentang keselamatan data peribadi mereka.

“Kami mahu percutian musim panas yang paling selamat. Aplikasi ini dapat bantu kita meneruskan aktiviti harian selepas perintah berkurung,” katanya lapor portal Channel News Asia (CNA).

BACA > Anifah ingatkan Shafie, Mohammaddin terus perjuangkan hak rakyat Sabah — Suara Merdeka
BACA > ‘Bukan kereta saya, saya tak pakai Vellfire’ — Suara Merdeka

Antara teknologi yang diterapkan dalam aplikasi itu adalah penggunaan Bluetooth pada jarak dekat bagi mengesan pergerakan antara pengguna.

Oleh itu, jika terdapat kes positif, doktor akan terus memuatnaik maklumat ke dalam server dan satu amaran akan dihantar kepada sesiapa yang berada berdekatan.

Negara destinasi pelancongan itu bagaimanapun terus dibimbangi dengan peningkatan angka kematian akibat pandemik Covid-19.

Semalam, Itali mencatatkan 53 lagi kematian walaupun turut sedikit berbanding 71 pada hari Rabu.

Sehingga kini, seramai 34,167 mangsa serangan pandemik dari Wuhan, China itu direkodkan sejak 21 Februari.

BACA > Tidak perlu lagi dalam penjarakan sosial dalam pesawat — Suara Merdeka
BACA > Thailand catat sifar kes baharu COVID-19, tanpa kematian — Suara Merdeka

Jumlah itu menjadikan Itali berada pada kedudukan ke empat di belakang Amerika Syarikat, Britain dan Brazil. – CNA

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button