EkonomiHiburan

Baju Raya Starvilion boleh dibeli secara ansuran!

STRATEGI Starvilion pada tahun ini menawarkan pembayaran baju raya secara ansuran! ‘Bawa balik raya hari ini, bayar kemudian’, tujuan ini agar semua rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan dapat merasai baju raya.

Dalam koleksi pada kali ini turut menampilkan duta bersama Nora Danish dan Adi Putra.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Starvilion, Ajwad Khan Bin Nasir, koleksi pada tahun ini mengetengahkan fabrik dari Turkey, senang untuk si pemakai tanpa perlu gosok terlalu lama dan kelihatan kemas.

“Koleksi pada tahun ini untuk baju melayu ada lima jenis, 150 untuk warna, ada Relex Fit sehingga siz 3XL, juga menampilkan baju melayu Teluk Belanga seperti Mat Kilau tapi kit beri nama ‘Putra’ yang menampikan Adi Putra dalam koleksi ini dan seterusnya.

“Untuk perempuan pula untuk semua sekali ada 17 rekaan antaranya koleksi riau dan moden, warna seakan sama dengan rekaan untuk lelaki, senang untuk sesuaikan, kita akan buat seperti one stop centre, sesiapa nak membeli belah untuk raya datang ke Starvilion.”katanya semasa melancarkan rekaan terbaru di Boathouse-Event Space, Ampang Kuala Lumpur.

Bagi Wak Doyok pula sebagai rakan patner, strategi perniagaan Starvilion pada tahun ini juga berbeza dari tahun sebelumnya, dia juga memberi pulang kepada pempegaruh popular dari media sosial TikTok yang mempunyai latar perniagaan yang hebat iaitu ‘Abang Tesla’ dan ‘Uci Luna’.

“Alhamdulilah saya sudah bersama Starvilion selama enam tahun, kita ada buat tawaran istimewa raya dulu bayar kemudian, boleh buat bayaran sebanyak 4 kali!.” Katanya.

Di samping itu Starvilion turut melancarkan gerakan bersifat amal membeli sambil menderma, Kotak Kitar Semula ‘Sama Sama Kita Raya, Program Infak’ dan Bawa balik raya hari ini, bayar kemudian.Program ini juga telah mendapat sokongan dari pertubuhan amal iaitu Komuniti Belia Selangor (SAY), Yayasan Qyyum dan KLOTH Cares Malaysia.

Kepada yang ingin dapatkan koleksi hangat dari Starvilion bole dapatkan di outlet serata Malaysia dan secara online di website, www.thestarvilion.com dan platform media sosial, Tik Tok mulai 20 Mac 2023 jam 8:00 malam! – SM 

@starvilion Mempersembahkan barisan our duta and partners laskar raya 2023, bersama 6 tahun starvilion #starvilion #laskarraya2023 #samasamakitaraya ♬ original sound – Starvilion

Artikel berkaitan > 70 orang hilang kerja, Wak Doyok sayu

(Visited 385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button