fbpx
Politik
Trending

UMNO adakan pertemuan dengan semua ketua bahagian

UMNO petang ini mengadakan pertemuan antara Ahli Majlis Kerja Tertinggi dengan ketua bahagiab dari seluruh negara.

Pertemuan bernula pukul 3 petang itu dihadiri semua kepimpinam parti termasuk Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik di twitter, Tengku Razaleigh dilihat duduk di meja utama bersebelahan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Ahli MKT UMNO, Datuk Ahmad Maslan, para pertemuan itu Presiden menjelaskan peristiwa semasa secara bersemuka.

Difahamkan ia juga berkaitan pendiri parti itu dalam isu perebutan jawatan Perdana Menteri dalam Pakatan Harapan. -SM


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button