Politik

Ummi Hafilda yakin ketokohan Tok Mat Hasan jadi PM ke-8

KUALA LUMPUR – Adik Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, Ummi Hafilda yakin terhadap ketokohan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan untuk  dipilih sebagai Perdana Menteri kelapan bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ini berikutan beliau tidak percaya sama ada Azmin atau Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin Malaysia selepas Dr. Mahathir.

“Saya yakin dan percaya ketokohan Tok Mat Hasan sebagai tokoh korporat yang amat berwibawa satu ketika dahulu dalam bidang perbankan, CEO Cold Storage, MD Cycle and Carriage, Pengerusi Fima, Pengarah Khanazah dan Pengarah Sepang Int.

“Saya yakin rakyat boleh tidur lena kalau negara diletakkan dilandasan yang benar kepada seseorang yang mempunyai moral yang bersih, penuh kebijaksanaan dan pengalaman global yang hebat dengan gaya yang santai dan hujah-hujah yang sarat dengan maksud yang mendalam,” kata Ummi Hafilda.

Justeru beliau berharap ahli-ahli politik tidak perlu melompat parti sebaliknya permuafakatan yang bentuk oleh BN dan Pas ketika ini boleh bergabung dengan Dr. Mahathir untuk membolehkan Mohamad menjadi perdana menteri kelapan.

Menurut Ummi Hafilda cadangan kerjasama Permuafakatan Nasional bersama Dr. Mahathir semestinya pahit untuk dimulakan tetapi bakal menjadi penawar kepada negara.

“Gabungan kerjasama muafakat dengan Dr. Mahathir mampu membawa satu lembaran baru dalam merubah sejarah landskap politik negara dan halatuju kepada yang lebih matang dan pembangunan ekonomi yang lebih realistik di atas pengalamannya yang hebat mengendalikan syarikat multibillion dollar.

“Daripada melepaskan negara kepada manusia durjana yang moralnya hancur, kepimpinannya hancur dan kelam halatujunya. Hanya kerakusan memegang tampuk kuasa tanpa memikirkan hak-hak rakyat yang tidak terbela dan keadaan negara yang di ambang kehancuran,” kata Ummi Halfida.

Menurut Ummi Halfida, beliau turut dihubungi Mufti Perlis Datuk Dr. Asri Zainul Abidin untuk meminta pandangannya berkaitan senario politik negara.

Ummi Hafilda berkata, dia telah memberikan pendapat yang sama mengenai ketokohan Mohamad untuk menggantikan Dr. Mahathir.

“Saya juga baru saja memberi pandangan yang sama kepada Dr. Maza Mufti Perlis apabila beliau menghubungi saya.

“Meminta pandangan di atas senario politik negara yang amat membimbangkan bagi mereka yang berfikir dan mempunyai sifat patriotik yang tinggi untuk ummah dan negara,” kata Ummi Hafilda dalam hantaran terbaharu di Facebook beliau.-SM

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button