Agama

Umat Islam seluruh dunia perlu tingkat potensi diri – Raja Muda Perlis

Umat Islam di seluruh dunia diseru untuk mempertingkatkan lagi potensi dan kekuatan diri masing-masing dalam berdepan dengan situasi pandemik Covid-19.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa agar semua pihak saling memberikan sokongan dan sumbangan dalam mewujudkan kekuatan kepada peradaban serta ketamadunan manusia di persada dunia.

“Sesungguhnya, wabak yang melanda dunia telah memberikan kesan yang begitu besar terhadap gaya hidup, corak perhubungan dan komunikasi serta nilai insan manusia.

Selain tanggungjawab dan usaha global yang bersepadu, setiap negara juga perlu memperkukuh keupayaan dan sistem penjagaan kesihatan masing-masing dalam usaha mengatasi wabak ini.

Justeru, ia akan memberi ‘sinar’ dan harapan baharu untuk semua apabila virus ini berjaya dikawal dan pelbagai pembangunan khususnya pembangunan Ummah dan umat Islam di seluruh dunia ini dapat diteruskan,” tambah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan merasmikan ‘Seminar Ummatan Wahidah Edisi ke-7′ diadakan buat julung kalinya secara dalam talian.

Program tahunan anjuran MAIPs dengan kerjasama Majlis-Majlis Agama Islam 6 Wilayah Andaman, Thailand tersebut disertai ketua-ketua serta ahli Majlis Agama Islam dari 6 Wilayah Andaman, Thailand yang terdiri daripada Krabi, Phuket, Trang, Phang Nga, Ranong dan juga Satun.

Ahli panel pada sesi yang diadakakan secara digital ini ialah Mufti Perlis, Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang menyampaikan tajuk “Toleransi Islam Dalam Suasana Muslim Masa Kini” disusuli oleh wakil dari Majlis Agama Islam 6 Wilayah Andaman Thailand, Ustaz Abdullah Akem dengan tajuk “Risalah Islam Agama Rahmat” yang disampaikan dalam bahasa Thai dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Moderator bagi kedua-dua slot menerusi livestreaming : Fb: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis-Jaips, Fb: Suara Sunnah Channel, Fb: Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Perlis serta Fb: Jabatan Mufti Negeri Perlis ini ialah Ahli Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIPs, Ustaz Mohd Rizal Azizan.

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button