AgamaLuar Negara

Umat Islam di Amerika bayar zakat bernilai USD1.8 bilion

RAKYAT Amerika Syarikat yang beragama Islam membayar zakat berjumlah USD1.8 bilion pada tahun 2021.

Menurut laporan dikeluarkan Inisiatif Filantropi Muslim, Universiti Indiana Lilly Family School of Philanthropy di IUPUI pada minggu lepas, umat Islam mengeluarkan purata zakat sebanyak USD2,070 seorang sebagai satu daripada lima rukun Islam.

Laporan itu juga menunjukkan umat Islam Amerika lebih cenderung melihat zakat sebagai tindakan dermawan atau kebajikan dan bukan cukai yang dikenakan oleh pihak berkuasa agama.

Pengarah Inisiatif Kedermawanan Muslim, Shariq Siddiqui berkata, sebahagian besar daripada jumlah itu disumbangkan pada bulan Ramadan.

“Adalah penting bagi organisasi badan amal mencari cara mendekati penderma Muslim-Amerika ketika bulan Ramadan,” kata Siddiqui.

Penerima bantuan terbesar merupakan organisasi antarabangsa tidak berasaskan keuntungan yang menerima 25.3% daripada dana zakat, menurut laporan tersebut. – SM

 

(Visited 288 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button