fbpx
Nasional

UM siasat hantaran FB UMANY pertikai kuasa Agong

PIHAK Universiti Malaya (UM) akan menjalankan siasatan berhubung satu hantaran bertajuk “Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara” yang dimuat naik Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) menerusi laman Facebook.

Menurut kenyataan Pejabat Komunikasi Korporat UM hari ini, universiti itu memandang serius hantaran badan pelajar berdaftar berkenaan.

“UM menjunjung dan menghormati institusi beraja.

“Oleh yang demikian, pengurusan tertinggi universiti mengutuk sebarang kenyataan yang melanggar atau bertentangan dengan prinsip tersebut,” demikian menurut kenyataan itu. – SM

(Visited 4 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button