Analisis

Jom pakat sokong PH

PARTI DAP adalah satu-satunya parti yang mengamalkan demokrasi kerana berdasarkan namanya sahaja telah jelas menunjukkan nawaitu parti itu.

Bagi pencinta demokrasi parti inilah platform paling tepat untuk disertai kerana ia memperjuangkan demokrasi.

Bagi yang mahu keadilan pula mereka perlu menyokong PKR kerana dari namanya sahaja menunjukkan sebuah parti yang memperjuangkan keadilan.

Lihatlah kejayaan parti itu dalam memperjuangkan keadilan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya sehingga Anwar menjadi perdana menteri, isteri beliau pernah menjadi timbalan perdana menteri, manakala anak beliau menjadi penasihat pejabat perdana menteri serta pernah menjadi menteri.

Bagi mereka yang amanah perlu menyokong parti Amanah yang penuh dengan para pemimpin yang sangat amanah di tanah air ini.

Jangan sokong UMNO, MIC dan MCA kerana ketiga-tiga parti ini adalah parti perkauman dan berada di dalam Barisan Nasional (BN) yang cukup dikenali sebagai korup.

Begitu juga Pas sebuah parti yang hanya memperjuangkan Islam sebagai cara hidup. Mereka hanya berpandukan hadis dan al-Quran.

(Visited 199 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button