Jenayah

Pencuri kereta di pam minyak telah ditangkap

SEORANG lelaki yang disyaki mencuri sebuah kereta seorang wanita di pam minyak di Mentakab, Pahang sudah ditangkap semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, suspek dikesan dan ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Selangor kira-kira 1 tengah hari semalam.

“Ia adalah susulan laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa selepas polis menjalankan siasatan di tempat kejadian dan meneliti rakaman CCTV di stesen minyak berkenaan.

“Hasil siasatan itu, kita berjaya mengenal pasti identiti suspek dan meminta bantuan lain untuk membantu mengesan suspek.

“Berikutan itu, kita berjaya menahan suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan penyalahgunaan dadah di Subang Jaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek sudah dibawa ke IPD Temerloh dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379A

Kejadian berkenaan berlaku pada pukul 8 pagi semalam. Ketika kejadian mangsa seorang pelajar berusia 20 tahun sedang mengisi petrol ke dalam keretanya.

Suspek kemudiannya terus memasuki kenderaan wanita tersebut yang tidak dimatikan enjin serta kunci kereta masih berada dalam kenderaan.

Wanita tersebut cuba untuk menghentikan perbuatan sespek dengan membuka pintu belakang dan bergayut pada pintu tersebut.

Bagaimanapun cubaannya untuk menghentikan tindakan penjenayah itu gagal sebaliknya gadis itu mengalami kecederaan selepas tercampak apabila kereta tersebut dipandu laju.

Kejadian itu tular di media sosial dan aplikasi telefon sejak petang semalam, selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai dikongsi netizen.-SM

 

 

 

(Visited 409 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button