Politik

Serang Papagomo: Siasat dan ambil tindakan tegas – Asyraf Wajdi

KETUA Pemuda Pergerakan UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajddi Dusuki mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat insiden sekumpulan lelaki mengepung dan mahu menyerang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) malam tadi.

Jelas Asyraf Wajdi, tindakan tegas perlu diambil agar budaya politik samseng ganas yang amat memalukan itu tidak berulang.

“Pihak Pemuda UMNO menyerahkan tindakan selanjut dan sewajarnya kepada pihak berkuasa agar segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terbabit dengan tindakan jenayah ini termasuklah kehadiran kelibat tokoh parti kerajaan Datu Akjan bin Datu Ali Muhammad yang juga penyokong kuat cadangan kerajaan untuk memperkenalkan Pas Sementara Sabah (PSS).

“Beliau juga pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana sindiket kad pengenalan palsu selain ditabalkan sebagai Sultan Sulu,” kata Asyraf Wajdi.

Menurut Asyraf Wajdi,  budaya politik samseng dan ganas selepas selesai Pilihan Raya Kecil Kimanis itu tidak sama sekali mencerminkan sifat sebenar rakyat asal Sabah yang terkenal dengan masyarakat yang harmonis dan tinggi nilai kesantunannya biarpun rencam dengan pelbagai etnik dan agama

Justeru beliau mengajak seluruh rakyat Sabah dan Malaysia keseluruhannya mengutuk sekeras-kerasnya budaya politik samseng ganas.

“Pemuda UMNO turut ingin merakamkan penghargaan kepada pihak keselamatan KKIA kerana pantas mententeramkan keadaan.

“Pemuda UMNO mencadangkan agar Kerajaan Sabah segera melakukan penambahbaikan terhadap sistem kawalan keselamatan terutamanya di tempat awam seperti lapangan terbang agar keselamatan orang awam dan pelancong terpelihara,” kata Asyraf Wajdi.

Wan Muhammad Azri membuat laporan polis berhubung dia insiden diserang sekumpulan lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) malam tadi.

Laporan polis di buat di Balai Polis Setapak di ibu negara awal pagi ini. Beliau mendakwa beliau turut dipukul dan berharap pihak polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan terhadap insiden yang disifatkan sebagai perbuatan samseng itu.

Klip video Wan Muhammad Azri diserang kumpulan terbabit turut tular di media sosial.

Kumpulan berkenaan dikatakan berang kerana Wan Muhammad Azri mengoyakkan gambar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal dalam demonstrasi membantah Pas Sementara Sabah (PSS) di Kimanis baru-baru ini.

Wan Muhammad Azri  sebelum ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Beuford  kerana menerima ugutan dibakar hidup-hidup oleh seorang pengguna Fcaebook Raymond Well Sabah juga kerana isu beliau mengoyakkan gambar Shafie.-SM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 409 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button