Politik

Bersatu tidak letak calon di PRK Tasik Chini, sokong calon BN

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang yang akan dijalankan pada 4 Julai ini.

Menurut Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin, keputusan tersebut dibuat untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon yang akan diputuskan oleh Barisan Nasional bagi mewakili Perikatan Nasional.

“Seluruh jentera BERSATU juga akan digerakkan untuk memastikan kemenangan wakil Perikatan Nasional,” kata Hamzah.

Selain Bersatu, Pakatan Harapan juga telah mengumumkan tidak akan meletakkan calon pada PRK Tasik Chini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Majlis Presiden Pakatan Harapan telah bersetuju bahawa PKR tidak akan meletakkan calon berikutan wabak Covid-19.

Ketika ini hanya Barisan Nasional mengumumkan akan mempertahankan kerusi DUN Chini berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun, akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.

Allahyarham adalah calon Barisan Nasional, menjadi ADUN Chini dalam kawasan Parlimen Pekan selama empat penggal berturut-turut sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 dan mempertahankannya pada PRU ke-14 selepas memperoleh 10,027 undi.-SM

 

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button