Ekonomi

MyAngkasa Amanah lancar 3 produk baharu sempena ulang tahun ke-10

MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) anak Syarikat milik penuh ANGKASA mengorak langkah meluaskan lagi pemasaran perkhidmatan penulisan wasiat dan rujukan kes pentadbiran harta pusaka dengan melancarkan tiga produk baharu iaitu MyAset Pilihan Pasangan (Harta Sepencarian), MyHibah Harta Alih/Tunai dan juga MyHibah Bercagar.

Pelancaran produk baharu sempena sambutan ulang tahun ke-10 MAAB itu selaras dengan misi sejak ia ditubuhkan pada 22 Januari 2014 iaitu menjadi sebuah institusi pengurusan pengamanahan dan perwarisan yang mesra, efisyen, profesional dan terunggul.

Menerusi produk baharu ini, MAAB menjangkakan pasaran yang lebih meluas menerusi segmen dan prospek baru serta memperkukuhkan lagi jaringan bersama rakan strategik sedia ada bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik dan mesra pelanggan.

Sempena sambutan ulang tahun ke-10, MAAB menawarkan baucar tunai kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan MAAB serta berkongsi hasil rezeki bersama anak-anak Pusat Jagaan Darul Sakinah, saluran bantuan pendididkan kepada pelajar-pelajar Yayasan ANGKASA dan bantuan kepada golongan asnaf.

Pada masa sama, MAAB akan melancarkan klinik pusaka di seluruh Malaysia bagi membantu masyarakat dalam menyelesaikan proses pentadbiran harta pusaka. khidmat nasihat yang diberikan pada sesi klinik ini diberikan secara PERCUMA tanpa sebarang caj.

Untuk menjadi terus diingati, MAAB telah menjenamakan semula semua produk-produk sedia ada dengan menambah perkataan “My” dihadapan nama setiap produk yang ditawarkan bagi menandakan ia adalah produk MyAngkasa Amanah Berhad seperti MyWasiat, MyHibah, MyAmanah dan MyPusaka dan sebagainya.

Walaupun masih dikira baharu dalam institusi pengurusan amanah harta, MAAB sebagai satu-satunya entiti koperasi di negara ini yang menjalankan amanah wasiat, pusaka, serta infaq akan memastikan bahawa segala perkhidmatan yang ditawarkan dapat dicapai dan dapat dimanfaatkan oleh semua masyarakat dengan mudah menerusi kerjasama strategik dengan sembilan institusi kewangan, empat Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), 80 koperasi dan 60 syarikat swasta dalam menyediakan perkhidmatan Perancangan dan Pentadbiran Harta Pusaka.

Semua produk MAAB yang ditawarkan adalah Patuh Syariah dan dikawal selia oleh Jawatankuasa Syariah ANGKASA serta MAAB. Bagi memastikan kelestariannya, MAAB berusaha memperkukuhkan lagi jaringan bersama rakan strategik sedia ada disamping menambah rangkaian baru dan mengalukan-alukan kepada mana-mana institusi yang berminat.

MAAB menawarkan perkhidmatan pindaan wasiat secara atas talian secara PERCUMA pada bila-bila masa dan dimana sahaja menerusi laman sesawang myangkasaamanah.com.my, pelanggan yang berminat boleh menghubungi di talian 03-7887 5600 atau 03-7887 4300. – SM

(Visited 65 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button