Nasional

Fahmi Reza muat 100 lagu bertema dengki dengan wajah Tunku Azizah

SEBUAH album yang mengandungi 100 buah lagu bertemakan dengki dengan wajah Raja Permaisuri Agung Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dikesan diwujudkan di laman sesawang muzik, Spotify.

Album tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna yang menggunakan akaun ‘Kuasasiswa’ yang dimiliki oleh artis grafik kontroversi Fahmi Reza.

Pada kepala laman tersebut terdapat poster gambar Tunku Azizah dengan perkataan ‘This Is Dengki Ke? Uncensored’ atau dalam bahasa Melayu ‘Ini Dengki Ke?’ Tidak ditapis’.

Gambar Raja Permaisuri Agong yang digunakan merupakan foto Tunku Azizah memakai pakaian rasmi diraja berwarna kuning siap dengan mahkota.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut bertajuk Jealousy-Remastered 2011, Jealous Again, Hey Jealousy dan Mengapa Hatimu Dengki.

Fahmi turut mempromosikan pautan album tersebut di Facebook dan Twitter rasminya.

Perkongsian di Facebooknya mendapat lebih 3,000 komen dengan ada yang memuji dan ada yang berpandangan album tersebut menghina Raja Permaisuri Agong.

“Agong ke, permaisuri ke, diorang bukan maksum. Diorang manusia macam kita yang boleh ditegur dan dikritik. Teruskan teguran ini,” komen seorang pengguna bernama Zed Adam Idris.

“Aku follow hang sebab hang neutral semua politician hang bedai. Tapi Raja-raja Melayu jangan la buat macam ni Fahmi Reza. Aku cakap cara elok ja kat hang. Benda lain boleh buat lawak tapi tolong hormat institusi diraja kita. Jangan sebab hang rakyat Malaysia terutama bukan bumiputra pandang serong kat kaum kerabat Raja-raja Melayu semua,” nasihat Redzuan Kamaruddin.-SM

 

(Visited 2,871 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button