Nasional

K-KOM tidak ada kuasa tarik balik kandungan Facebook berunsur tidak sopan

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia tidak mempunyai kuasa untuk menarik balik dan mengenakan tindakan segera sekiranya ada aduan melibatkan kandungan dan konten di platform digital dan sosial media yang bercanggah dengan Akta sedia ada.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata sebahagian besar garis panduan telah pun ada dalam kerangka undang-undang sekarang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Jelasnya, sekiranya dilihat dari satu sudut, akta berkenaan dianggap sudah memadai cuma konten yang dimuat naik dari luar negara, undang-undang kita tidak dapat melangkaui sempadan negara

“Sekiranya dimuat naik di Facebook dan Twitter, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak mempunyai kuasa untuk menarik balik melainkan dengan bantuan platform berkenaan yang dikendali di luar negara” katanya pada sidang media Majlis Penyampaian Zakat Fisabilillah Pelajar Tingkatan Enam Atas dan Bawah.

Jelasnya, proses berkenaan perlu melalui beberapa kaedah seperti menjalankan siasatan awal sebelum dibawa kepada Jabatan Peguam Negara dan pihak peguam negara Malaysia perlu memohon melalui pejabat peguam negara yang berkaitan untuk mendapatkan kerjasama.

“Proses itu agak panjang, sebab itu kita membuat satu penelitian kepada Akta sedia ada sekiranya ada ruang yang boleh ditambah baik dan sesuaikan dengan pengalaman sepanjang menguruskan hal-hal ini” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai kandungan yang mempunyai unsur yang kurang baik seperti lucah, perkauman dan bercanggah dengan nilai agama, sekiranya berlaku di platform dalam negara, tindakan boleh dikenakan mengikut garis panduan sedia ada dan prosesnya akan jadi lebih mudah.

Tambahnya, masyarakat tidak faham mengenai perkara ini terutama melibatkan proses menarik balik kandungan yang melanggar sensitiviti yang disebut tadi.

“Ia tidak mudah, kita ada terima banyak aduan dan mereka beranggapan kita boleh terus menarik balik kandungan sebegini setelah laporan dibuat.

“Menteri tidak mempunyai kuasa untuk membuang kandungan yang melanggar sensitiviti ini malah kita perlu melalui proses seperti yang kita maklumkan tadi dan perlu melalui proses pendakwaan” Jelasnya. – SM

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button