Politik

Tee Siew Kiong Umum Keluar Parti, Cuma Untuk Rehat Sementara!

Ketua Bahagian MCA Pontian Datuk Tee Siew Kiong mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Tee, 58, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang berkata keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan yang teliti dan mendengar pendapat daripada semua pihak.

Beliau berkata keputusan itu juga telah mengambil kira penggantungan keahliannya dalam parti
selama lima tahun berkuat kuasa 13 Mei lepas dan tempoh rayuan selama 14 hari berakhir semalam.

“Setelah membuat pertimbangan teliti dan mendengar pendapat semua pihak, saya tidak akan
membuat rayuan kerana tidak akan berlaku sebarang perubahan, lebih-lebih lagi apabila
cadangan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib pun boleh diubah, jadi keputusan
rayuan juga dalam jangkaan kita.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong di seluruh negara atas pelbagai
cadangan dan pendapat mereka, bagi mengelakkan parti daripada terus menjadi huru-hara,
saya secara rasminya mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta, katanya pada
sidang media.

Pengerusi Yayasan Sultanah Fatimah yang telah bersama MCA selama 40 tahun selain pernah
memegang jawatan sebagai PengerusiJawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan
Kepenggunaan negeri itu turut menjelaskan bahawa beliau tidak akan menyertai mana-mana
parti buat masa ini.

Beliau turut memaklumkan akan berehat sementara, sebelum memutuskan langkah seterusnya
dan memberikan fokus sepenuhnya terhadap keluarga serta kerja-kerja badan bukan kerajaan.

“Saya akan berehat sementara dan jaga ahli keluarga setelah lama tidak bersama (luang masa),
agaknya ini merupakan berita baik juga buat ahli keluarga saya, kata Tee yang menjadi ADUN
Pulai Sebatang sejak 2004 hingga 2018.

“Saya akan berehat sementara dan jaga ahli keluarga setelah lama tidak bersama (luang masa),
agaknya ini merupakan berita baik juga buat ahli keluarga saya”, kata Tee yang menjadi ADUN
Pulai Sebatang sejak 2004 hingga 2018.

Pada 17 Mei lepas, media melaporkan Tee mengesahkan keahliannya dengan MCA digantung
selama lima tahun berkuat kuasa 13 Mei lepas.

Tee dipetik sebagai berkata sebab penggantungan yang diberikan parti berkenaan adalah atas
tindakannya mengadakan sidang media dan Facebook secara siaran langsung (FB Live) pada
25 Feb lepas berhubung namanya tidak dicalonkan oleh parti untuk bertanding pada Pilihan
Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas.

Menurut surat bertarikh 13 Mei yang ditandatangani Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin
Woon, Tee telah mengkritik kepimpinan parti dan mengeluarkan kenyataan palsu pada sidang
media yang turut disiar secara langsung menerusi Facebook semasa PRN Johor. – BERNAMA

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button