Auto Travel

Hong Leong Yamaha Motor melancarkan Yamaha 135LC FI baharu

MOTOSIKAL 135cc paling berkuasa eksklusif untuk Malaysia, Yamaha 135LC FI baharu telah dilancarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor hari ini.

Dato’ Dr. Jim Khor, Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad berkata model baharu itu pasti melangkaui keperluan peminat motosikal di Malaysia. “Model ini telah direka bentuk dan dibangunkan untuk bukan sahaja memenuhi keperluan majoriti penunggang Malaysia daripada motosikal semasa berulang-alik harian mereka, tetapi juga terbukti menjadi kuasa besar di jalan raya.”

Yamaha 135LC FI yang dipertingkatkan menggunakan Enjin Suntikan Bahan Api Klac Auto 135cc EU4 yang serba baharu, dengan prestasi yang dipertingkatkan untuk pecutan yang lancar. Penunggang juga boleh menikmati keseronokan menunggang yang lebih baik dan tunggangan yang lebih lancar pada rangka badan yang direka bentuk semula yang lebih ringan dengan aerodinamik serta dipertingkatkan. Sebagai penambahbaikan pada keselamatan, model ini kini dilengkapi dengan Brek Cakera Belakang dengan lengan ayun yang direka bentuk baharu untuk kuasa brek yang sangat baik.

Dengan rekaan lampu depan LED, lampu ‘pilot’ dan lampu belakang LED baharu, Yamaha 135LC FI kini kelihatan lebih lasak bergaya. Model itu kini turut didatangkan dengan Meter Laju Digital baharu yang menyampaikan lebih banyak maklumat penunggangan berbanding pendahulunya, sambil menampilkan tangki bahan api yang lebih besar iaitu 4.6 liter untuk membolehkan penunggang meningkatkan jarak perjalanan pada setiap tangki penuh.

Yamaha 135LC FI baharu ditampilkan dalam 4 (empat) warna bergaya: Merah Ruby, Crystal Cyan, Midnight Star dan Edisi Khas Desert Storm yang disertakan bersama Bakul Premium Yamaha. Bakul Premium Yamaha yang direka khas, dibangunkan secara eksklusif untuk penunggang Malaysia, terdiri daripada bahagian buka dan tutup untuk melindungi barangan peribadi daripada basah pada hari hujan, selain mempunyai saluran pengecas USB untuk mengecas peranti elektronik penunggang.

Yamaha 135LC FI baharu akan tersedia di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara pada 14 Mac 2022 dengan harga runcit yang disyorkan sebanyak RM 7,798.00 untuk warna standard dan RM 8,198 untuk Edisi Khas, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans. Di samping itu, setiap pemilik baharu model Yamaha 135LC FI akan menerima kunci cakera keselamatan dengan pembelian mereka. – SM

(Visited 569 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button