NasionalNegeri

Rasuah: Dua anggota Zon Maritim Kuala Perlis, seorang orang awam direman

Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP) dan seorang orang awam direman berhubung kes rasuah yang diterima secara bulanan dari pengusaha dan tauke bot di perairan Perlis.

Perintah reman selama enam hari mulai hari ini itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali setelah permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis.

Kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Sumber SPRM memberitahu, kesemua suspek berusia 40-an itu melibatkan dua anggota ZMKP berpangkat laskar kanan maritim t4 dan bitara muda maritim t5 manakala seorang lelaki orang awam itu proksi kepada nelayan.

Kesemua suspek dikatakan menerima RM1,000 ke atas sebulan dan paling tinggi RM3,000 dari setiap pemilik bot di mana ada yang dibayar secara tunai dan ada juga dimasukkan ke dalam akaun bank.

Kes ini dikatakan telah melibatkan beberapa pemilik bot sejak tahun 2018 sehingga kini.

Dipercayai duit perlindungan, dan suapan bulanan ini atas dorongan bagi kemudahan pihak terbabit melakukan kerja sekalipun tidak terlibat dengan aktiviti penyeldupan. – SM

(Visited 473 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button