Luar Negara

Udang, ketam, kerang, tiram diancam kepupusan

HIDUPAN cengkerang laut seperti udang, ketam, kerang, tiram dan lain-lain berhadapan risiko kepupusan akibat perubahan iklim dunia.

Berdasarkan laporan para penyelidik, mereka menjangkakan Lautan Artik akan menyerap lebih banyak gas karbon dioksida (CO2) dalam masa 80 tahun.

Jika perkara ini berlaku seperti dijangka, penyerapan gas tersebut akan menyebabkan peningkatan tahap keasidan air yang boleh menghakis tulang dan cengkerang hidupan laut.

Spesis lain yang turut terancam seperti obor-obor, landak laut dan hidupan lain yang bergantung kepada kadar kemasinan air yang rendah.

Merujuk kepada laporan portal Daily Mail, para saintis menjelaskan penyerapan berlebihan gas CO2 menyebabkan peningkatan tahap kemasinan pada bahagian hampir permukaan air.

BACA > Daripada runner terus loncat ke penerbit — Suara Merdeka

Akibat daripada itu, tekanan air pada bahagian itu akan berubah menyebabkannya turun sehingga ke dasar laut. Ini akan mengganggu habitat hidupan cengerang di dasar laut.

Punca kepada permasalahan dan perubahan pada habitasi hidupan laut adalah berpunca daripada pemanasan global.

Pemanasan yang berlaku mempengaruhi tekanan dan kandungan garam dalam air melalui penyerapan gas CO2 secara berlebihan.

Ketua penyelidik dari Universiti Bern, New Zealand, Dr. Jens Terhaar menjelaskan dalam abad ini Lautan Artic akan menyerap 20 peratus lebih kadar CO2 berbanding sebelumnya.

Kadar keasidan air akibat daripada peningkatan penyerapan gas itu meningkat pada kedalaman 200 hingga 1,000 meter pertama.

BACA > NGO jangan sedap bercakap, disarankan sama-sama turun padang — Suara Merdeka

Paras air berkenaan merupakan tempat kebanyakan hidupan laut berlindung.

Menerusi maklumat daripada permukaan laut dan model simulasi laut dalam pada perubahan iklim semasa, penyelidik menemui perbezaan ketara terhadap Lautan Artik.

Ragu-ragu dengan penemuan tersebut, tinjauan dan kajian sebenar dilakukan bagi mengukur tahap sebenar keasidan air laut serta jangkaan pada masa hadapan.

Bagaimanapun tiada perbezaan, menurut seorang daripada penyelidik itu Dr. Lester Kwiatkowski, mereka merumuskan bahawa hidupan Laut Artik akan berhadapan kesukaran terhadap perubahan berkenaan.

BACA > EPL: Peluang Chelsea cerah ke Liga Juara-Juara Eropah — Suara Merdeka

Kesan kepada hidupan cengkerang dan organisma lain akan mempengaruhi keseluruhan rantaian makanan kehidupan marin itu. – SM

(Visited 695 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka
Back to top button