Nasionalpilihan

UCTC UPSI bantu 2,200 calon SPM 2021

PRIHATIN dengan cabaran yang dihadapi oleh calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 ekoran pandemik Covid-19, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tampil membantu menerusi program UPSI Smart Home Schooling.

Program tersebut akan melibatkan 24 buah sekolah negeri di negeri Perak, Selangor dan Johor untuk membantu seramai lebih 2200 murid calon SPM 2021.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, UPSI sebagai peneraju Universiti Pendidikan Nombor Satu negara bertanggungjawab merealisasikan agenda University for Society (U4S) dan Agenda Keempat  dalam memacu kesejahteraan komuniti dengan menggiatkan sumbangan berbentuk beyond academics kepada komuniti yang berkonsepkan educating communities seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Sementara itu, Pengarah UCTC, Prof Madya Dr Norkhalid Salimin berkata objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan murid B40 bagi calon SPM 2021 dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah serta memberikan khidmat bantuan kepakaran pensyarah UPSI kepada komuniti terlibat.

Beliau berharap program khidmat sosial itu dapat memberikan pengalaman dan pendedahan berguna kepada tenaga pengajar yang terdiri daripada 35 orang graduan pendidikan UPSI dengan kaedah pengajaran secara PdPR.


“Penulis modul program tuisyen ini terdiri daripada 15 Ikon Alumni UPSI yang berpengalaman serta menjadi Guru Cemerlang, Guru Penggubal Soalan SPM dan Guru Didik TV KPM yang menjadi Pakar Rujuk Bidang masing-masing di Malaysia.,” katanya.

Peserta program, katanya,   akan menghadiri kelas tuisyen secara dalam talian melalui platform Google Meet selama satu jam bermula bulan Julai 2021 hingga Januari 2022 setiap hari Sabtu dan Ahad melibatkan lebih 720 jam sesi pertemuan.

Setiap Sabtu dari pukul 9.00 hingga 10.30 malam sesi pengajaran dilaksanakan oleh Guru Ikon Alumni UPSI melalui platform YouTube Live melibatkan 30 siri sehingga 15 Januari 2022.

Dr Norkhalid berkata seramai 700 murid dari enam buah sekolah  terpilih di negeri Johor iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan  Penghulu Saat, Sekolah Menengah Agama Parit Sulong, Sekolah Menegah Kebangsaan  Dato’ Sulaiman, Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn dan Sekolah Menengah Kebangsaan  Seri Medan.

Beliau berkata UCTC akan bekerjasama dengan Majlis Anak Johor ([email protected]) UPSI melaksanakan program motivasi serta memberikan persediaan dari aspek fizikal, emosi dan rohani kepada murid  pada bulan Febuari 2022 nanti.

Di negeri Perak dan Selangor, program melibatkan sebanyak 17 Sekolah Bitara UPSI iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan  Khatolik Tg Malim, Sekolah Menengah Kebangsaan  Methodist Tanjung  Malim, Sekolah Menengah Kebangsaan   Proton City, Sekolah Menengah Kebangsaan  Slim, Sekolah Menengah Kebangsaan  Felda Besout, Sekolah Menengah Kebangsaan  Seri Perak, Sekolah Menengah Kebangsaan  Jelapang Jaya, Madrasah Idrisiah, Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek, SMK Kg Soeharto, Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa, Sekolah Menengah Kebangsaan  Kalumpang, Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu, Sekolah Menengah Kebangsaan  Bukit Sentosa 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Choh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah.

Menurut Dr Norkhalid  berteraskan amalan Bitara UPSI iaitu prihatin kepada kebajikan anggota, pihak UCTC juga berkerjasama dengan Persatuan Kakitangan Akademik Universiti (PEKA) UPSI melaksanakan  program UPSI Smart Home Schooling kepada hampir 40 orang anak-anak kakitangan UPSI yang bakal menduduki SPM tahun ini menerusi portal  khas yang dibangunkan PEKA.

“UCTC berharap pelaksanaan program UPSI Smart Home Schooling dapat memberikan manfaat kepada semua calon SPM  dan pihak sekolah terlibat dan tuisyen percuma ini dapat membantu murid memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM 2021,” katanya. -SM

(Visited 121 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button