EkonomiNasional

Spritzer bersama NGO bantu masyarakat terjejas akibat pandemik

Spritzer Malaysia, pengeluar air mineral semula jadi menyatakan komitmen untuk terus menyumbang kepada golongan yang kurang bernasib baik ketika pandemik Covid – 19 ini.

Spritzer ketika ini telah menyumbang bantuan bernilai lebih dari RM60,000 yang diagihkan menerusi NGO, bank makanan dan restoran.

Selain aktiviti sumbangan derma lain, syarikat akan berterusan menyokong inisiatif dan program jangkauan masyarakat yang menyasar kepada kumpulan terpinggir atau terjejas teruk.

Spritzer dalam kenyataan berkata,
sumbangan ini cukup bermakna kepada Spritzer bersempena sambutan ulang tahun penubuhan ke-32 hari ini.

“Kaedah terbaik untuk meraikan satu lagi pencapaian di dalam perjalanan korporatnya ialah dengan meneruskan komitmen untuk menyokong pelbagai lapisan masyarakat rakyat Malaysia, khususnya mereka yang telah terpinggir di dalam masyarakat dan kekurangan barangan keperluan seperti makanan, tempat berlindung atau air minuman yang selamat,” kata Spritzer.

Spritzer mengakui pandemik ini begitu berat kesannya terhadap golongan berpendapatan Bawah-40, masyarakat Orang Asli, gelandangan dan penduduk luar bandar.

Syarikat ini telah meningkatkan program jangkauan masyarakatnya pada April 2021 menerusi kerjasama dengan badan bukan kerajaan iaitu membekalkan mereka bantuan dalam bentuk air minuman bersih ketika gelombang ketiga pandemik COVID-19 melanda.

(Visited 211 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button