Hiburan

U.K’s Mengenang cinta lalu.

Di era zaman Rock kapak siapa sangka kumpulan U.k’s muncul membawa lagu melodrama yang bertema cinta dan mampu menarik pendengar Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Pada 17 dan 18 Jun telah berlangsung persembahan dari kumpualan U.k’s di Istana Budaya, vokalis utama kumpulan itu tidak lain tidak bukan seorang individu mempunyai suara yang agak lunak walaupun sudah berusia iaitu Amir U.k’s

Rata-rata para peminat sunguh terhibur dengan persembahan dari kumpulan tersebut, sehinggakan Amir sangup turun dari pentas Istana Budaya menyanyikan bersama peminatnya.

Malah apa yang lebih mengejutkan lagi Saari Amri bersama Amir turut menyanyikan lagu bersama berjudul ‘Kita Sama Saja’, menurut mereka lirik lagu ini tercetus selepas mereka mempunyai salah faham pada ketika suatu dahulu.

Salah satu lagu dari kumpulan U.k’s yang menjadi kegilaan orang ramai adalah ‘Disana Menanti Disini Menunggu’ rupanya kisah di sebalik lagu tersebut adalah kisah benar dari Saari Amri sendiri. Katanya lirik tersebut dicurahkan sepenuhnya pada lagu tersebut.

Menurut mereka lagi kemungkinan selepas ini mereka akan adakan persembahan di Singapura dan Indonesia. Memadangkan ada peminat yang masih mengingat lagu-lagu mereka dan akan berjumpa peminat di sana.

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button