fbpx
Politik

TYT Melaka tolak permintaan Adly bubar DUN Melaka

Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob  tidak bersetuju dengan permintaan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Hasim Hasan, Yang di-Pertua Melaka telah mendapat representasi daripada sebilangan besar Ahli DUN Melaka bahawa Adly tidak lagi mendapat kepercayaan.

“Di atas budi bicaranya, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka telah tidak mempersetujui permohonan YAB Ketua Menteri Melaka untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka.

“Oleh yang demikian, berdasarkan Perkara 7(4) Perlembagaan Negeri Melaka, YAB Ketua Menteri Melaka hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri,” kata Hashim.

Yang di-Pertua Negeri Melaka akan melantik dalam masa terdekat seorang ADUN sebagai Ketua Menteri baharu untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka yang mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN.


Adly hari ini berkata, beliau telah bertemu dengan Tun Mohd Khalil meminta agar Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu dibubarkan sekali gus bakal menyaksikan Pilihan Raya Negeri berlaku.

Menurut Adly, hasrat itu dipersembahkan kepada Tuan Yang Terutama (TYT) di Kompleks Seri Negeri di sini jam 4.30 petang tadi.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu sidang media disini menyatakan bahawa gabungan Perikatan Nasional telah berjaya mendapat 17 kerusi Dewan Undangan Negeri sekaligus boleh membentuk kerajaan.

Jelasnya, perakuan bersumpah (SD) itu dikemukakan kepada Tun Mohd Khalil Yaakob dalam pertemuan di Kompleks Seri Negeri tengahari tadi.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button