Rencah Hidup

Firdaus contoh pekerja yang memudahkan pelanggan

KUALA LUMPUR – Bila baca berita tular mengenai sikap seorang pegawai Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) yang terlalu mengikut prosedur sehingga menyusahkan pencarum yang sakit kanser kritikal, hati berasa geram.

Namun sebenarnya di Malaysia ini bukan semua bersikap seperti pegawai KWSP yang seorang itu, ramai pekerja barisan hadapan di luar sana yang baik hati dan sentiasa memudahkan pelanggan.

Misalnya kisah seorang anak muda juruwang A & W Hentian Rehat Ayer Keroh, Firdaus Fitri yang membantu pelanggannya yang tidak membawa wang tunai yang mencukupi untuk membeli makanan buat anggota keluarganya yang seramai sembilan orang.

Sikap  Fidaus yang sanggup mengambil pesanan pelanggannya walaupun tidak dibayar terlebih dahulu dan memberi kepercayaan untuk pelanggannya meminjam motosikanya untuk mengeluarkan wang di mesin ATM berhampiran sangat mengagumkan.

Kisah Fidaus dikongsi oleh Roslan Hassan dalam Facebook beliau. Kejadian tersebut dialami Roslan semalam.

Berikut cerita penuh Roslan:

Semalam saya singgah di A&W Hentian Rehat Ayer Keroh. Saya beratur untuk memesan makanan. Queue agak panjang.

Ketika itu isteri saya bersama dengan ibu saya di surau. Di poket saya tiada cash walau sesen pun ketika itu.

Bila hampir tiba giliran saya, saya cuba hubungi isteri saya tapi panggilan saya tidak berjawab. Saya cuba call anak perempuan saya yang ketika itu bersama ibu dan nenek mereka, pun tidak berjawab.

Saya fikir mereka mungkin sedang solat atau menguruskan ibu saya di toilet.

Bila tiba giliran saya, saya bertanya kepada cashier sama ada menerima pembayaran melalui kad debit.

Malangnya tidak. Saya beritahu cashier bahawa saya langsung tiada cash di tangan. Untuk call isteri atau anak-anak ketika itu tidak begitu appropriate kerana orang yang beratur agak ramai.

Anak muda cashier ini Firdaus Fitri bertanya kepada saya “Pakcik nak order banyak ke? Kalau untuk seorang tak apa saya belanja”.

Saya beritahu dia saya nak order untuk sembilan orang. “OK Pakcik…Pakcik order dulu…lepas tu boleh ambil duit kat ATM”.

Saya tanya di mana letaknya mesin ATM terhampir. Dia beritahu ada di stesen Petronas. Jaraknya agak jauh untuk berjalan kaki.

“Pakcik boleh bawa motor tak?” tanya Firdaus Fitri. Saya angguk. “Lepas order ni Pakcik jumpa saya di belakang ambil kunci motor…ya”.

Selesai membuat pesanan, saya terus menuju ke pintu keluar untuk ke arah belakang restoran. Masa itu saya bertemu dgn isteri dan anak-anak bersama ibu saya. Lega.

Saya lalu meminta sedikit cash dan terus membuat pembayaran. Saya minta izin Firdaus Fitri untuk merakam foto beliau.

Anak muda Kelantan ini berjiwa besar, berhati mulia, baik hati dan yang penting dia ada skill pengurusan yang baik dalam menyelesaikan masalah.

Kalau dilatih anak muda ini dia mampu menjadi seorang pengurus yang baik. Tahniah A&W Hentian Rehat Ayer Keroh kerana memiliki seorang kakitangan yang berkualiti. -SM

(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button