Teknologi

TV White Space rapatkan jurang digital

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Program Mendayakan Ketersambungan Luar Bandar dan Merapatkan Jurang Digital Dengan TV White Space untuk masyarakat Lenga, Pagoh.

Program ini membolehkan sambungan jalur lebar untuk komuniti luar bandar sekali gus dapat membantu merapatkan jurang digital di antara masyarakat luar bandar dan masyarakat bandar.

“Saya percaya pemasangan TV White Space di empat lokasi di kawasan Lenga ini adalah selari dengan Dasar 4IR yang saya perkenalkan sewaktu menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Program ini akan memberi manfaat besar kepada penduduk di sini dan terbukti menjadi penyelesaian berkesan bagi membolehkan sambungan jalur lebar dilaksanakan di luar bandar.

“Saya dimaklumkan berbanding dengan pilihan jalur lebar lain seperti satelit, gentian optik, 3G/4G/5G atau pautan gelombang mikro, TV White Space ialah penyelesaian sambungan jalur lebar kos rendah, mudah dan pantas digunakan,” jelas beliau.

Kemudahan ini menjadi penyelesaian praktikal untuk kawasan luar bandar di Malaysia yang mana liputan televisyen adalah tinggi dan menjangkau kebanyakan kawasan luar bandar.

“Saya amat berharap pada masa akan datang, TV White Space dapat diperluaskan ke seluruh negara bagi membolehkan lebih ramai lagi komuniti luar bandar menikmati sambungan jalur lebar dengan lebih pantas dan lebih murah.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Microsoft dan rakan strategik tempatan AxiCom Sdn. Bhd serta Enfrays Consulting Sdn. Bhd kerana prihatin menyediakan satu inisiatif yang dapat membantu masyarakat luar bandar menikmati jaringan internet yang lebih baik.

“Undilah Perikatan Nasional,” kata Muhyiddin

(Visited 316 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button