KesihatanNasional

11,889 kes baharu Covid-19 hari ini

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 11,889 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 2,257,584 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,413 kes.

Ia diikuti Selangor yang mencatatkan sebanyak 1,568 kes, Johor (1,217), Perak (959), Sabah (872) dan Kelantan (858).

Sementara Pahang (831), Pulau Pinang (779), Kedah (710), Terengganu (699), Melaka (378), Kuala Lumpur (289), Negeri Sembilan (197), Perlis (81), Putrajaya (36), dan Labuan (dua).  – SM

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button