Politik

Eizlan Yusof sertai Pas

SEREMBAN – Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof telah menyertai parti itu.

Menurutnya, ada beberapa lagi tokoh lain, namun nama mereka akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

Eizlan Yusof sah jadi ahli dan bersama dengan dia pun ramai lagi,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di sini pada Sabtu.

Sebelum ini media melaporkan yang Eizlan enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan yang dia bakal menyertai PN di bawah tiket Pas dan meminta menunggu pengumuman berkaitan sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.

Sementara itu, Takiyuddin berkata, Pas menerima antara 3,500 sehingga 4,000 orang keahlian baharu setiap bulan.

“Hari ini (Ahad) saja ada 3,000 lebih termasuk penyertaan kumpulan Tan Sri Annuar Musa sendiri dan difahamkan akan ada lagi secara berkumpulan termasuk di peringkat negeri-negeri,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, Pas tiada masalah untuk mempertimbangkan Annuar sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Itu sesuatu perkara yang boleh kita fikirkan. Kita tengoklah, kerana Annuar tidak beri apa-apa syarat.

“Dia (Annuar) masuk ke dalam Pas untuk berjuang bersama Pas tanpa apa-apa syarat. Jadi soal, pencalonan semua itu akan bincang dan sebagai ahli Pas, dia layak untuk dicalonkan serta diberi peranan sebagai calon Pas,” katanya.

Ujarnya, sebagai seorang tokoh politik di Kelantan, Annuar boleh memberi satu gelombang kemenangan kepada PN.

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button