Politik

Turun naik sokongan, itu perkara biasa – Razali Idris

Sokongan 51% kepada PM memadai

PASANG surut turun naik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan satu perkara biasa yang tidak harus dibimbangkan, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Razali Idris.

Dalam kenyataannya kepada portal berita FMT, beliau berkata, sokongan 51% seperti dilaporkan adalah memadai ketika ini susulan penularan pandemik Covid-19 di negara kita.

Selain itu, katanya, terdapat segelintir pihak yang cuba menghidupkan api kebencian terhadap Muhyiddin dengan mengadakan protes yang tidak berasas.

“Banyak perkara baik yang dilakukan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN), kerajaan sekarang, sebab itulah majoriti masih menyokong Perdana Menteri.

“Angkas di atas 50% itu sudah cukup memadai dalam keadaan ketika ini,” kata Razali.

Beliau berkata, apa yang perlu dirisaukan sekarang adalah sekiranya sokongan itu menjunam kepada 0% selain menganggap, turun naik sokongan sebagai perkara biasa yang turut dialami oleh pemimpin lain sebelum ini.

Untuk rekod, sokongan pengundi terhadap kepimpinan Muhyiddin merosot kepada 51% pada suku tahun ini (2021) berbanding 66% pada suku tahun kedua tahun lepas (2020).

Menurut kaji selidik atau survey yang dijalankan oleh 02 Malaysia, pusat penyelidikan berpusat di Kuala Lumpur, hanya Perdana Menteri PN itu menunjukkan kemerosotan sokongan berbanding pemimpin parti politik lain yang mempunyai tahap sokongan konsisten.

Walau bagaimanapun, memetik laporan FMT, Presiden Bersatu itu masih kekal sebagai pemimpin yang mendapat sokongan tertinggi.

Ini diikuti oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan sokongan popular 34%, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (30%), Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (26%), Presiden Amanah, Mohamad Sabu (22%) dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (11%).

Razali yang juga merupakan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu berkata, prestasi kerajaan PN kini sebenarnya lebih baik jika dibandingkan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Malah pelbagai inisiatif dan pakej rangsangan ekonomi diperkenalkan untuk menyokong ekosistem ekonomi khususnya rakyat golongan B40 yang paling terkesan berdepan dengan Covid-19,” katanya. – SM

(Visited 355 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button