Luar Negara

Turkmenistan dilanda sindrom penafian COVID-19

DALAM pada seluruh dunia bimbang tentang COVID-19 yang meragut banyak nyawa dan diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai pendamik, Kerajaan Turkmenistan mengambil pendirian yang amat pelik.

Kerajaan Turkmenistan melarang perkataan COVID-19 digunakan oleh media tempatan atau risalah maklumat kesihatan dan menafikan penyakit itu wujud di negara mereka.

Menurut sumber berita bebas Turkmenistan Chronicle, risalah dengan maklumat tentang pencegahan penyakit yang diedarkan oleh kementerian kesihatan negara itu juga telah memadamkan sebarang kaitan mengenai COVID-19.

Polis juga menahan rakyat yang berbincang tentang wabak COVID-19 yang kini melanda seluruh dunia, lapor The Independent.

Stesen radio Azatlyk melaporkan, terdapat ejen khas berpakaian biasa yang akan mengenal pasti mana-mana orang awam yang engkar.

Walaupun dilanda sindrom penafian, kerajaan negara itu telah melakukan langkah-langkah pencegahan untuk menghentikan penyebaran COVID-19.

Ini termasuk pemeriksaan suhu di stesen dan pemberian tisu basah di kawasan sesak.

Pergerakan rakyat Turkmenistan di dalam negara terutamanya dari kawasan luar ibu negara, juga terhad.

Langkah yang diambik oleh negara itu dianggap pelik kerana ketika ini jumlah mereka yang dijangkiti virus maut COVID-19 terus meningkat berjumlah 934,519 orang di seluruh dunia.

Amerika Syarikat masih lagi negara paling tinggi dijangkiti wabak tersebut iaitu seramai 214,482 orang.
Diikuti Itali (110,574), Sepanyol (104,118), China (81,554), Jerman (77,981), Perancis (56,989), Iran (47,593), United Kingdom (29,474), Swizerland (17,768), Turki (15,679), Belgium (13,964), Belanda (13,614) dan Austria (10,711).

Menurut laman sesawang Worldometer, Amerika Syarikat menyaksikan pertambahan kes baharu paling tinggi dalam tempoh 24 jam iaitu 25,952 kes.

Diikuti Sepanyol (+8,195), Jerman (+6,173), Perancis (+4,861), Itali (+4,782 ), United Kingdom (+4,324), Iran (+2,988), Turki (+2,148 ), Belgium (+1,189), Switzerland (+1,163) dan Belanda (+1,019).

Angka kematian akibat virus maut itu kini berjumlah 47,179 orang.

Itali mencatatkan kematian tertinggi iaitu seramai 13,155 orang, diikuti Sepanyol (9,387), Amerika Syarikat (5,094), Perancis (4,032), China (3,312), Iran (3,036), United Kingdom (2,352) dan Belanda (1,173).

Manakala 193,968 orang pula telah sembuh daripada penyakit tersebut. Penduduk paling ramai sembuh adalah negara China iaitu seramai 76,238 orang.

Diikuti Sepanyol (22,647), Jerman (18,700), Itali (16,847), Iran (15,473), Perancis (10,935) dan Amerika Syarikat (8,878).

Malaysia berada pada kedudukan ke-26 paling ramai dijangkiti iaitu 2,908 orang dengan 45 kematian dan 645 orang telah sembuh.– SM

(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button