BeritaPolitik

Pas tidak pernah buat keputusan guna lambang BN

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan Pas Pusat tidak pernah memutuskan penggunaan lambang BN pada pilihan raya negeri Sarawak.

Berikut kenyataan penuh beliau:

SAYA merujuk kepada kenyataan media bertajuk “PAS Sarawak pertimbang guna lambang BN” yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Sarawak dan disiarkan oleh beberapa media pada 19 Januari 2020.

PAS Pusat ingin mengesahkan tidak pernah membuat sebarang keputusan sedemikian malah belum memutuskan penyertaan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang.

Oleh itu kenyataan tersebut bukanlah kenyataan PAS Pusat mahupun kenyataan PAS Sarawak yang disahkan.

Terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS.

(Visited 60 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button