NasionalNegeri

KPJ Perlis sedia 60 katil sepenuhnya, September

HOSPITAL Pakar KPJ Perlis semakin melebarkan perkhidmatan kesihatannya apabila menyediakan 60 katil secara sepenuhnya menjelang September depan.

Pengarahnya, Dr Hari Ram Ramayya berkata, wad sedia ada sebelum ini iaitu Wad Melati hanya mempunyai 36 katil sahaja.

“Kita sudah bersedia dengan pembukaan satu lagi wad iaitu Wad Seroja dengan 24 katil, cuma menunggu kelulusan dari bahagian pelesenan hospital,” katanya.

Beliau berkata, sekaligus ini akan membolehkan pesakit tidak lagi perlu menunggu seperti sekarang sebelum dimasukkan ke wad.

Hari Ram berkata, pertambahan katil ini adalah satu perkembangan yang baik bagi satu-satunya hospital pakar swasta di Perlis yang memulakan operasi pada Mei 2018.

“Kami juga akan memperkenalkan perkhidmatan Pakar Mata (Oftalmologis) di KPJ Perlis, bagi memenuhi permintaan tinggi untuk perkhidmatan ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Hi Tea Bersama Warga Media Perlis di Hotel Putra Regency baru-baru ini.

Hadir sama Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ Perlis, Rosli Hamid, Ketua Pegawai Kejururawatan (CNO), Zakiah Hasan dan Akauntan Lina Syazwani Isa.

Turut hadir Presiden Persatuan Wartawan Perlis (PWP), Syed Muhammad Azlan Syed Hizar serta wakil dari media cetak, media elektronik, portal berita dan juga Jabatan Penerangan Perlis.

Pada majlis berkenaan yabg meraikan media ini juga dimeriahkan dengan perkongsian pengalaman sebagai wartawan dari beberapa agensi dan juga hadiah cabutan bertuah. – SM

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button