fbpx
Nasional

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas meninggal dunia pagi ini. Allahyarhan dilaporkan meninggal dunia pada pukul 3.20 pagi tadi.

Pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh keluarganya.

“Dengan amat dukacita, Ayahanda kami, Tun Mohd Salleh bin Abas telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3:20 pagi Sabtu 16 Januari 2021.

“May Allah forgive him and place him amongst the righteous. May Allah reward him with Jannatul Firdaus,” katanya.

Allahyarham disahkankan positif Covid-19 pada Khamis lalu dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.-SM


(Visited 252 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button