Nasional

Tun Rahah diberi penghormatan ‘Istiadat Pengebumian Negara’

Ibu kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Rahah Mohd Noah, diberi penghormatan “Istiadat Pengebumian Negara” dan jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara esok.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beliau mewakili kerajaan serta seluruh rakyat mengucapkan takziah kepada Najib dan seluruh ahli keluarga atas kepulangan ibunya.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Tun Rahah Mohd Noah dan menempatkan beliau bersama-sama golongan yang
beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam kenyataan.

Rahah ialah isteri kepada perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, meninggal dunia pada usia 87 tahun petang tadi.

(Visited 736 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button