Sukan

Malaysia antara cadangan yang baik, dijadikan tuan rumah FIFA 2034

Melalui portal akhbar, The Sydney Morning Herald dari Australia, berpendapat bahawa Malaysia layak menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 2034.

Cadangan itu timbul selepas Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menjemput negara dari Konfederasi Bola Sepak Oceanian (OFC) untuk membida hak tuan rumah Piala Dunia 2034.

Menurut laporan itu, Malaysia dan Singapura dilihat sebagai negara yang lebih sesuai dijadikan tuan rumah bersama Piala Dunia 2034 atas faktor keamanan dan mempunyai fasiliti sukan yang baik.

Secara rasmi kini hanya Arab Saudi sahaja mengumumkan secara rasmi mengenai cadangan untuk membida hak sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034, usaha menjadikan negara itu sebagai kuasa sukan dunia.

Dalam pada itu, Australia juga dilihat turut berminat untuk menjadi tuan rumah kepada suka itu, namun memerlukan negara sekitar Asia untuk menjadi tuan rumah bersama.

Antara stadium yang disebut sebagai berpotensi untuk penganjuran Piala Dunia 2034 adalah seperti Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Stadium Shah Alam yang baharu, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan Stadium Perak.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah bersama penganjuran Piala Asia 2007 bersama Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Artikle Berkaitan :>

SPRM anjur Kejohanan e-sukan FIFA 21 Challenge 2021

Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai ahli FIFA 2023 – 2027

(Visited 57 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button