Politik

Polis sahkan Hadi Awang disiasat sentuh isu 3R

Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya dipercayai menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum).

Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Bukit Aman Suresh Kumar berkata siasatan itu dilakukan susulan kenyataan Hadi dipercayai mendakwa DAP mahu mengekalkan pengertian Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah yang menjunjung liberalisme dan kebebasan diamalkan negara barat.

“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berkata kenyataan itu dipercayai dilakukan melalui hantaran di Facebook Hadi, dua hari lepas dan isu berkenaan turut diulas dalam artikel diterbitkan sebuah portal berita tempatan pada tarikh sama.

Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button