fbpx
Politik

Tun M sedia lepas jawatan jika Majlis Presiden PH mahu

PERDANA Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatannya serta merka sekiranya Majlis Presiden Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) benar-benar mahukan beliau berbuat demikian.

Menurut Dr. Mahathir peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri diputuskan oleh majlis tersebut yang dianggotai empat parti iaitu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara.

“Perkara ini (peralihan kuasa) akan diputuskan apabila empat parti bersama (dalam Majlis Presiden PH) sama ada mereka mahu saya pergi (serah jawatan) atau sebaliknya.

“Apa yang saya tahu, jika mereka mahu saya pergi sekarang, saya akan pergi sekarang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Integriti Bank Rakyat 2020 di sini, hari ini.

Dr. Mahathir menjawab soalan media yang mahukan penjelasan beliau berikutan beberapa pemimpin PKR mencadangkan agar peralihan kuasa perdana menteri kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung pada Mei ini.


Sebelum ini Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada 10 Januari meminta mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan datang membincangkan isu peralihan kuasa perdana menteri pada Mei ini.

Ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata proses peralihan kuasa jawatan nombor satu negara dalam tempoh dua tahun selepas PH menjadi kerajaan perlu diperincikan bagi menjamin kelangsungan agenda gabungan itu.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli pada 10 Januari pula berkata, tarikh persaraan akan ditetapkan kepada Dr. Mahathir sekiranya beliau enggan memenuhi perjanjian peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal tahun depan.

Rafizi Ramli dalam satu persidangan di Singapura berkata, pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana rakyat Malaysia sudah hilang sabar dengan isu peralihan kuasa.

Terbaharu Ahli Parlimen, Subang Wong Chen dalam satu forum malam tadi berkata, kesamaran tarikh peralihan kuasa menyebabkan pelabur menangguhkan pelaburan mereka kerana tidak pasti dengan masa depan politik negara.

Beliau turut berpendapat bahawa dengan peralihan kuasa secepat mungkin akan membolehkan Anwar mempunyai lebih masa untuk melancarkan reformasi yang dijanjikan oleh PH.-SM

 

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button