Nasionalpilihan

Teruskan tradisi jual ketupat daun kelapa

Setiap kali tiba musim perayaan khasnya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Ketupat Sri Ayu di Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga dekat sini menjadi tumpuan orang ramai.

Ini kerana ramai pelanggannya tetapnya sudah mengenali ketupat Sri Ayu kerana sudah berniaga di kawasan tersebut sejak lebih 15 tahun lalu.

Pengusahanya, Muhammad Yusri Mahat, 51 berkata, orang ramai akan bertumpu di kedai miliknya pada sebelah petang sehari sebelum sambutan setiap perayaan tersebut.

Menurutnya, dia tetap meneruskan tradisi menjual ketupat daun kelapa atau ketupat nasi dua kali setahun.

Muhammad Yusri Mahat (kiri) dibantu anaknya, Ezrul Syafiq
memasak ketupat daun kelapa atau ketupat nasi di Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga, Melaka.

Beliau berkata, walaupun mendapat sambutan yang baik dia tidak bercadang untuk menjual ketupat bukan pada waktu dua perayaan tersebut.

“Perniagaan ini sudah menjadi tradisi keluarga saya setiap kali khususnya pada setiap kali sambutan Aidilfitri dan Aidiladha.

“Untuk sambutan Aidiladha tahun ini saya hanya memasak 6,000 biji ketupat berbanding 8,500 biji sewaktu Aidilfitri yang lalu.

“Walaupun Aidiladha disambut kurang meriah di negeri ini namun saya tetap menjual ketupat kerana mendapat permintaan yang banyak daripada pelanggan,” ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muhammad Yusri berkata, ketupat yang dijualnya masih mengekal harga lama iaitu RM13 untuk satu ikat 10 biji ketupat yang tahan antara tiga atau empat hari.

Menurutnya, dia mula menyiapkan makanan tradisi itu menggunakan sebanyak 29 kilogram beras dibantu isteri dan tiga anaknya.

Bagi menganyam ketupat pula katanya, dia terpaksa mengupah enam orang dengan 1,000 helai daun kelapa muda yang perlu disiapkan dalam tempoh dua hari.

Katanya, ketupat yang sudah direndam mula dimasak tengah malam tadi sepanjang tempoh 24 jam menggunakan dua periuk besar.

Di samping itu kata Muhammad Yusri, dia juga turut menjual rendang ayam dan daging serta ubi kayu rebu. – SM

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button