fbpx
Politik

Tun M menjadi Pengerusi Bersatu semula

SELEPAS tindakan nekad Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu Isnin lalu, hari ini beliau kembali menerima jawatan tersebut.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya mengesahkan perkara tersebut dan Bersatu akan mengeluarkan satu kenyataan berkaitan perkara berkenaan.

Isnin lalu, Dr Mahathir mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sejam selepas menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini tokoh veteran A Kadir Jasin dilaporkan berkata, Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bersatu kerana majoriti Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu lebih menghiraukan pandangan “setiausaha politiknya berbanding pandangannya”.

“Beliau (Mahathir) meletakkan jawatan kerana merasakan majoriti ahli Majlis Pimpinan Tertinggi lebih mendengar cakap setiausaha politiknya berbanding dirinya sendiri,” kata Kadir dalam tulisan di blognya hari ini.


Kadir yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik “setiausaha politik” yang dimaksudkannya.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button