HaiwanRencah Hidup

Danny, Duffy pasangan angsa dan itik akrab ibarat belangkas

DANNY seekor angsa jantan dan Duffy seekor itik betina tetapi keduanya bersahabat baik seperti manusia.

Untuk menguji sejauh mana kasih sayang antara angsa dan itik ini mudah saja, cubalah larikan salah seekor daripadanya.

Pastinya akan dikejar sambil menjerit-jerit dan reaksi ini jelas menunjukkan bahawa jangan sesekali sesiapa mengambil sahabat baik mereka sekalipun ia dilakukan secara olok-olok oleh penjaga mereka, Khairulnizam Nayan.

Pemandangan ini sebenarnya sangat meruntun hati, sedangkan haiwanpun sangat mempertahankan sahabatnya jika diapa-apakan demi kasih sayang sebuah persahabatan.

Tidak dapat dibayangkan apa akan berlaku jika salah seekor daripadanya nanti telah tiada suatu hari nanti.

Kehidupan penuh kasih sayang antara Danny dan Duffy ini boleh dilihat di sepanjang musim cuti sekolah ini di Petting Zoo di Taman Ular Dan Reptilia Perlis, di Sungai Batu Pahat, Kangar.

Ia dibuka setiap hari mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Kakitangan taman ini, Khairulnizam, 36 berkata, angsa dan itik ini telah dibela oleh beliau sejak berusia dua bulan lagi.

“Sejak itu keduanya memang dipelihara bersama malah turut mesra bagai adik-beradik seperti arnab, hamster jinak yang ada dalam ‘petting zoo’ ini,” katanya.

Malah dari pemerhatian penulis, kedua haiwan ini yang telah berusia dua tahun ini memang tidak boleh dipisahkan.

Kemana saja berdua sama ada makan, berehat atau bermain air.

Jika penat melakukan aktiviti, keduanya tetap berhimpitan antara sama satu sama lain semasa berehat, memang keduanya sangat rapat diibarat bagai “belangkas”.- SM

(Visited 463 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button