Politik

Tun M mahu bunuh Anwar, Muhyiddin, UMNO

AHLI Majlis Tertinggi UMNO berpendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu membunuh tiga sasaran sekali gus iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan UMNO.

Datuk Dr. Puad Zarkashi berkata, ini yang Tun Mahathir mahu lakukan. Dia lain dari yang lain. Dia mahu bunuh UMNO, Muhyiddin dan Anwar. Bunuh UMNO bermakna bunuh Najib, Zahid dan Ku Li.

Mahathir bertambah gerun bila UMNO mahu bagi ultimatum kepada Muhyiddin, kata bekas Ketua Pengarah Jasa itu.

Semua itu, katanya, kalau berlaku akan menamatkan riwayat politik Mahathir.

“Meminjam ayat Kadir Jasin, Mahathir tidak tahu nak hidup tanpa kuasa.

“Dalam senarai Anwar, pasti tidak ada nama Mahathir. Tetapi mungkin ada nama Maszlee, Dr Shaharuddin dan Amiruddin.

“Sebab itu dalam satu perjumpaan tertutup, Mahathir tanya Anthony Loke dan Khalid Samad, Anwar ada cukup nombor ke?

“Itu tanda Mahathir risau dan rancang game lain,” kata bekas timbalan menteri itu.

Menurut beliau, Anthony Loke mencadangkan kepada Tun Mahathir, supaya move on.

“Terima sahajalah kerajaan PN yang ada. Beri sokongan dan bantu terutama dengan ancaman Covid-19.

“Jawapan Mahathir ialah, Amerika amat membenci “terroris”. Sebut sahaja terroris, Amerika akan kejar dan bunuh sampai habis.

“Itulah sikap Mahathir terhadap UMNO, Muhyiddin dan Anwar. Bunuh sampai habis. Dia tidak akan berhenti. No mercy,” kata Puad lagi.

Yang berbangkit sekarang, apakah yang Mahathir sepakat dengan Ku Li.

“Anwar umum dia cukup nombor pada 23 September. Surat Ku Li kepada Speaker Dewan Rakyat bertarikh 25 September. Apakah kebetulan?

“Surat Ku Li kepada Speaker meminta supaya usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin diberi keutamaan dan dinaikkan ke atas.

“Semalam Maszlee, Dr Shaharuddin, Amiruddin dan Mukhriz memaklumkan mereka juga telah menghantar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

“Apakah ini juga kebetulan?” soal Puad lagi.

Sekarang ini, katanya, cerita Ku Li mengadap Yang di-pertuan Agong menimbulkan banyak tanda tanya.

“Adakah dia beritahu Tuanku, “Saya juga cukup nombor” atau dia mahu maklumkan kaedah undi tidak percaya akan digunakan,” katanya.

Bagi Puad, kalau Muhyiddin tolak terma baru dari UMNO, Muhyiddin habis.

Jika Muhyiddin terima, Mahathir habis, Anwar pun habis.

“Sampai masanya Mahathir dibiasakan untuk terus hidup tanpa kuasa,” katanya.

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button