Politik

Tun M jangka kerajaan hilang sokongan esok

BELANJAWAN 2021 dijangka melalui proses bacaan kali ketiga dan serta pengundian sekali lagi sebelum dibawa ke Dewan Negara.

Oleh demikian proses tersebut didakwa akan menyebabkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) jatuh apabila belanjawan tersebut kembali tidak mendapat sokongan.

Hal demikian akan menyebabkan satu undian bagi menyatakan jumlah sokongan kerajaan mungkin akan dicadangkan dalam Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, sekiranya hal sedemikian berlaku, Ahli Parlimen digesa memilih kerajaan dan kabinet yang benar-benar mahu membangunkan negara.

“Malaysia dahulu digelar sebagai Harimau Asia ketika saya menjadi Perdana Menteri ketika itu dan ia merupakan hasil kerja dan idea anggota kabinet pada masa itu.

“Sekarang ini ahli-ahli kabinet pada masa itu sudah tidak ada, malah kebanyakan anggota kabinet sekarang tidak benar-benar mahu membangunkan negara.

“Tugas mereka adalah untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan. Menteri, timbalan, pengerusi syarikat, institusi dan lain-lain untuk duit sahaja.

“Mereka tidak ada masa untuk memajukan negara kerana mereka tumpukan masa untuk mencari kekayaan peribadi.

“Justeru saya gesa jika kerajaan baharu yang bakal ditubuhkan semula, supaya mewujudkan kembali dasar untuk memajukan negara, bukan diri atau parti sendiri.”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau mengadakan sidang akhbar itu bersama Ahli Parlimen Gua Musang yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd. Hamzah.

Kata Dr. Mahathir, beliau sanggup bekerjasama dengan Tengku Razaleigh untuk menggunakan pengalaman mereka bagi membantu membangunkan semula ekonomi negara.

Tambahnya, beliau dan Penasihat UMNO itu berfikir secara mendalam mengenai hal tersebut dan mahukan negara kembali menjadi ‘Harimau Asia’.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh atau Ku Li, menyambut baik kerjasama dengan Ahli Parlimen Langkawi bagi ‘memberikan sumbagannya’ kepada negara.

Katanya, kerajaan sekarang tidak stabil menyebabkan keadaan ekonomi tidak dapat pulih yang disumbangkan oleh keengganan pelabur untuk melabur dalam negara.

“Insya Allah, barang kali kita dapat bekerjasama mencari jalan dapat kita memajukan balik negara kita.

“Kita dilanda oleh pandemik Koronavirus (Covid-19) yang mengancam kedudukan rakyat dan negara.

“Ini sampai masnya mengaktifkan semula kedudukan ekonomi yang sememangnya kita boleh buat.

“Saya percaya dan yakin ekonomi negara boleh dipulihkan semula.

“Tetapi kerajaan yang ada sekarang tidak mendapat keabsahan, keadannya tidak begitu stabil. Apabila kerajaan tidak stabil, tiada siapa akan menaruh kepercayaan untuk melabur dalam negara.

“Tiada siapa hendak melabur duit dalam negara. Tukaran asing menjunam ke bawah, hari ini menjunam lagi.

“Bererti tidak akan berlaku pertumbuhan dalam ekonomi, tak ada kerja, golongan muda-mudi akan menjadi penganggur.

“Ibu bapa dan negara mengharap sumbangan belia untuk membangunkan ekonomi dan negara ini.

“Ramai yang bekerja dibuang kerja atau hilang kerja. Bukan kerana pandemik, tetapi kemelesetan kerana tiada dasar yang tetap dan tegas,” jelasnya. – SM

(Visited 890 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button