EkonomiNasional

Perolehan MGRC catat peningkatan RM7.63j suku kedua 31 Disember 2021

PETALING JAYA 16 Feb– Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (MGRC), pakar peneraju genom dan biofarmaseutikal, mengumumkan perolehan sebanyak RM7.63 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2021 lalu.

Ia merupakan satu peningkatan besar sebanyak RM7.49 juta berbanding perolehan sebanyak RM7.49 juta berbanding hanya RM0.14 juta bagi tempoh suku yang sama tahun sebelumnya.

Pengarah Eksekutif MGRC Datuk Alvin Nesakumar, berkata pertambahan di dalam perolehan adalah hasil sumbangan dari divisyen biofarmaseutikal MGRC yang menyumbang 78 peratus daripada keseluruhan perolehan dan kebanyakannya hasil pengedaran immuniterapi dan terapi sel serta pengedaran dan pentadbiran vaksin COVID-19.

“Kemajuan besar di dalam perolehan adalah disebabkan aliran perolehan baharu berikutan langkah kami mempelbagaikan produk terutama ke sektor biofarmaseutikal pada akhir 2020 manakala kembalinya kami kepada keuntungan didorong oleh kejayaan meningkatkan margin lebih tinggi pengedaran immunoterapi dan terapi sel. Prestasi kewangan kami bagi suku tahunan dalam kajian berjalan dengan positif dan kami yakin ia adalah cukup kukuh untuk kami mengatur semula status saham penyenaraian kami.’’ katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

MGRC mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM1.01 juta bagi suku kedua 2022 berbanding kerugian sebanyak RM1.55 juta pada suku tahunan sama tahun sebelum ini, suatu pusingan kembali ke keuntungan didorong oleh margin lebih tnggi daripada pengedaran immunoterapi dan terapi sel.

Bagi tempoh enam bulan pertama berakhir 31 Disember 2021, MGRC mencatat perolehan sebanyak RM16.94 juta, pertambahan sebanyak RM16.72 juta berbanding RM0.22 juta bagi tempoh sama tahun kewangan sebelum ini.

Bagi PAT pula, MGRC meraih RM1.25 juta bagi separuj pertama 2022 berbanding rugi sebanyak RM2.39 juta bagi tempoh sama tahun sebelum ini.

Alvin berkata, MGRC turut mengumumkan penjawatan semula jawatan Noor Azri Dato’ Sri Noor Azerai sebagai Pengarah Eksekutif daripada Pengarah Bebas sebelum ini.

“Kami mengalu-alukan Azri sebagai pengarah eksekutif kami dengan beliau berkongsi wawasan yang sama untuk masa hadapan MGRC sebagai syarikat peneraju perkhidmatan penjagaan kesihatan berketepatan dan diperibadikan di rantau ini.

“Beliau memiliki pengalaman di dalam membantu memulihkan prestasi kewangan Bintai Kinden kembali kepada keuntungan sejurus pelantikannya ke Lembaga Pengarah syarikat pada Julai 2021, susulan penjawatan semulanya sebagai Timbalan CEO dalam tempoh setahun,” katanya.

Tambahnya, dengan ekonomi terus memulih, MGRC melihat peluang-peluang penting bagi perkongsian dan kolaborasi komersial inovatif di dalam bidang genom dan biofarmaseutikal. -SM

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button